Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) akhirnya telah menamatkan kemarau terpanjang Yamaha dengan satu kemenangan penuh bergaya di Phillip Island. Penunggang kelahiran Sepanyol itu mengemudi jentera Yamaha M1 yang telah ditala dengan sempurna itu bagi menangkis serangan penunggang seperti Andrea Iannone (Suzuki Ecstar) dan juga Andrea Dovizioso (Ducati Team). Alvaro mengejutkan semua apabila dia menamatkan perlumbaan…
Tag: 0 Marc VDS
Pusingan Moto2 2018 di Australia menyaksikan Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) berjaya merangkul kemenangannya yang ketiga pada musim ini. Joan Mir (EG 0,0 Marc VDS) dan Xavi Vierge (Dynavolt Intact GP) melintasi garisan penamat di tempat yang ke-dua dan ke-tiga. Persaingan untuk merebut takhta kejohanan Moto2 akan diteruskan di Sepang di antara Francesco Bagnaia…
Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif bagi kelas Moto2 pada tahun 2019. Para pasukan Moto2 telah mula menguji enjin baharu tersebut. Enjin tersebut berasaskan pada enjin inline-Triple yang ada pada model Street Triple RS.
Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) telah membolot kemenangan perlumbaan ketiga buat KTM bagi musim 2017 ini dengan kemenangan terkini mereka di Valencia. Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) sekadar berpuas hati di tempat ke-dua selepas bergelut dengan cengkaman tayar pada penghujung perlumbaan. Teman sepasukan Oliveira, Brad Binder, beraksi dengan cemerlang sekali apabila dia menamatkan…
Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) telah memenangi takhta Juara Dunia Moto2 2017 selepas Thomas Luthi diisytiharkan tidak cergas akibat keretakan pada buku lalinya. Penunggang bagi pasukan KTM Red Bull, Miguel Oliveira dan Brad Binder sekali lagi meraikan penamat satu-dua di atas dengan Morbidelli melengkapkan tempat terakhir di atas podium. Morbidelli dan Luthi bakal…
Penunggang Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia), telah berlumba dengan jayanya, merangkul penamat podium keduanya dari tiga perlumbaan yang lepas. Alex Marquez (EG 0,0, Marc VDS) yang muncul juara perlumbaan di pusingan Motul Grand Prix of Japan di Litar Twin Ring Motegi yang amat basah disusuli oleh Xavi Vierge (Tech 3 Racing). Franco…
Marc VDS Racing Team telah memilih Thomas Luthi sebagai penunggang kedua mereka bagi musim 2018. Penunggang berusia 30 tahun dari Switzerland itu akan berhijrah ke MotoGP pada musim hadapan bersama dengan seteru semasanya dalam Moto2, Franco Morbidelli. Kedua-dua Luthi dan Morbidelli berada di tempat teratas dalam kejohanan dunia Moto2 2017 dengan hanya 26 mata…
Tempat bagi MotoGP 2018 di pasukan Avintia Reale Ducati masih lagi tidak diisi memandangkan mereka masih belum mengesahkan sebarang penunggang buat masa ini. Penunggang semasa mereka, Loris Baz dan juga Hector Barbera dikatakan tidak akan meneruskan usaha perlumbaan mereka bersama dengan pusukan Avintia Ducati itu untuk musim hadapan. Desas-desus mengatakan Tito Rabat akan membawa…
Pendahulu kejohanan Moto3 semasa Joan Mir akan berpindah ke Moto2 pada tahun 2018 untuk berlumba bagi pasuka EG 0,0 Marc VDS. Mir dan pasukan Moto2 terbarunya itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun untuk berlumba dari tahun 2018 hingga 2020…