Moto2: Hafizh Syahrin Merangkul Tempat Ke-tiga Di Jepun

  • Penunggang Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia), telah berlumba dengan jayanya, merangkul penamat podium keduanya dari tiga perlumbaan yang lepas.
  • Alex Marquez (EG 0,0, Marc VDS) yang muncul juara perlumbaan di pusingan Motul Grand Prix of Japan di Litar Twin Ring Motegi yang amat basah disusuli oleh Xavi Vierge (Tech 3 Racing).
  • Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) masih mendahului kejohanan ini dan akan meneruskan persaingan merebut kejuaraan Moto2-nya di Phillip Island pada hujung minggu hadapan.

Ianya merupakan Alex Marquez (EG 0,0 Marc VDS) yang telah muncul juara di perlumbaan MotoGP di Litar Twin Ring Motegi yang teramat basah. Di tempat ke-dua pula adalah Xavi Vierge (Tech 3 Racing), namun yang menjadi tumpuan pada perlumbaan ini terutamanya bagi peminat di Malaysia adalah penunggang harapan negara, Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia) yang telah merangkul satu lagi penamat di atas podium dari tiga pusingan yang lalu.

Pada permulaan perlumbaan, wira tempatan, Takaaki Nakagami )Idemitsu Honda Team Asia) yang telah berjaya meloloskan diri di hadapan dari permulaan petak pertamanya, diikuti rapat oleh Marquez dan mereka berdua meninggalkan kelompok yang lain di belakang sebelum penunggang berusia 21 tahun dari Sepanyol mengorak langkahnya.

Xavi Vierge mengekalkan rentak persembahan yang stabil di sepanjang perlumbaan tetapi dengan saingan yang hebat dari penunggang muda tambatan negara kita, penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu hanya mampu menamatkan perlumbaannya dengan jarak masa hanya tiga saat di hadapan Hafizh Syahrin.

Bermula dari petak keenam, selangkah demi selangkah telah berjaya memotong nama-nama besar dalam siri kejohanan Moto2 tahun ini. Dan dengan Nakagami yang semakin tenggelam dan kehilangan kedudukannya Syahrin mengambil peluang itu dan memanfaatkan hujan yang membasahi litar dan memintas penunggang-penunggang handalan seperti Francesco Bagnaia (SKY Racing Team VR46) dan Mattia Passini (Italtrans Racing Team)) yang melintasi garisan penamat di tempat ke-empat dan ke-lima.

Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) menamatkan GP Jepun di tempat ke-tujuh di hadapan pendahulu kejohanan Moto2, Ranco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) yang berjaya menamatkan ke semua 15 pusingan di tempat ke-lapan walaupun permulaannya yang agak sukar di petak ke-15 pada awal perlumbaan.

Dominique Aegerter (Kiefer Racing) dan Lorenzo Baldassarri (Forward Racing Team) melengkapkan sepuluh penamat teratas. Keseluruhan pasukan dan penunggang akan segera menuju ke Phillip Island untuk hujung minggu hadapan, dengan persaingan yang sengit akan diteruskan antara Morbidelli dan Thomas Luthi (CarXpert Interwetten).

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP

Sumber: MotoGP

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.