TuneBoss Lancar Tiga ECU baru untuk Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R

Tuneboss ECU untuk tiga model motorsikal popular Dibuat oleh FSR Technology, Syarikat 100% milik rakyat Malaysia Produk TuneBoss juga terdapat di Thailand, Philippines, Vietnam, Eropah dan Mexico FSR Technology baru sahaja melancarkan tiga TuneBoss ECU baru untuk tiga model popular di Malaysia iaitu Yamaha R25, Yamaha Lagenda 115Z dan Honda RS150R. Ketiga-tiga ECU baru dari…

2017 Yamaha Jupiter MX King 150 grafik baru di Indonesia

Yamaha Indonesia telah mengemaskini jentera moped 150cc mereka iaitu Jupiter MX King atau Y15ZR di Malaysia. Paling menampakkan perubahan adalah pada warna Racing Blue ini dimana tempat duduknya diwarnakan dengan warna yang setara iaitu warna biru juga. Warna Racing Blue ini adalah warna yang biasa, bukan warna edisi istimewa kerana versi GP masih ada juga. 

Rim sukan SP522 enam jejari dari Racing Boy

Racing Boy memperkenalkan rim sukan yang sedang dalam pembangunan ke Instagram mereka yang berasaskan model SP522. Rim sukan SP522 sebelum ini mempunyai 5 jejari, dan disebabkan itu, namanya SP5xx. Rim sukan Racing Boy yang mempunyai 3 jejari dinamakan SP3xx, maka dengan ini mungkin rim sukan terbaru ini namanya SP6xx? SP522 keluaran Racing Boy sangat popular…

Ulasan: 2016 Honda RS150R – pandangan pertama kapcai premium dari Boon Siew Honda

Boon Siew Honda telah menganjurkan sesi pandu uji keluaran terbaru mereka iaitu  2016 Honda RS150R untuk pihak media pada Sabtu lepas ketika Pusingan ke-5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2016 berlangsung di Teluk Intan, Pahang Perak. Pihak kami telah mendapat peluang keemasan untuk mencuba motor kapcai premium 150cc pertama dari Honda yang telah dilancarkan Jun…

2016 Honda RS150R dilancarkan di Malaysia – RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST)

Akhirnya tiba juga jentera moped 150cc daripada Honda ini ke Malaysia. Honda RS150R ini bakal menjadi saingan kepada dominasi Yamaha selama ini dengan Y15ZR. Wujudnya persaingan seperti ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dan pada masa yang sama juga pengeluar akan mula meningkatkan kualiti untuk memenangi hati anda semua. Salah satu perkara pertama yang…

Honda Supra GTR 150 (2016) dilancarkan di Indonesia – Rp 21,3 juta (RM6,415.60 tukaran terus)

PT Astra Honda baru sahaja melancarkan jentera moped berkuasa 150cc di Indonesia iaitu Honda Supra GTR 150. Jentera ini mula diperkenalkan kepada dunia pada awalnya di Vietnam dengan nama Honda Winner 150 pada April 2016. Kini, pada akhir Mei, rakyat Indonesia berpeluang untuk merasai jentera DOHC yang hebat ini dijalanan di Jakarta, Bandung dan seluruhnya….

Yamaha 125ZR (2016) warna kuning – RM7,269.00 (asas)

Yamaha 125ZR untuk 2016 kini hadir dengan satu lagi pilihan warna baru iaitu kuning. Ramai mengatakan warna ini sesuai dipanggil sebagai Kuning Diraja (Royal Yellow). Kehadiran Yamaha 125ZR dengan warna kuning ini memberikan nafas baru kepada motosikal berstatus lagenda ini yang telah dikeluarkan sejak dari 1999 hingga kini. Kiranya, sudah hampir 17 tahun peminat 2-lejang…

Suzuki Satria F150 FI (2016) serba baru dilancarkan di Indonesia – Rp 21.650 juta – 21.950 juta (RM6,794)

Suzuki Indonesia telah melancarkan Satria F150 FI (atau model yang agak sama di Malaysia, Belang R150) pada 16 Februari dengan kata tag ‘Nyalakan Nyali’. Aleix Espargaro yang merupakan pelumba Team Suzuki ECSTAR menjadi model untuk memperkenalkan mesin 150cc yang berprestasi tinggi ini dari Suzuki.