Rim sukan SP522 enam jejari dari Racing Boy

Racing Boy memperkenalkan rim sukan yang sedang dalam pembangunan ke Instagram mereka yang berasaskan model SP522. Rim sukan SP522 sebelum ini mempunyai 5 jejari, dan disebabkan itu, namanya SP5xx. Rim sukan Racing Boy yang mempunyai 3 jejari dinamakan SP3xx, maka dengan ini mungkin rim sukan terbaru ini namanya SP6xx?

SP522 keluaran Racing Boy sangat popular di kalangan pengubahsuai kapcai terutamanya pada model 135LC (Y15ZR, 125Z, RS150R mungkin?) kerana ketahanannya yang tinggi, rekaan yang ringkas tetapi berkesan ditambah pula dengan harga yang tidak begitu mahal walaupun tidaklah murah sangat.

Apa kata anda? Sedia untuk memuatkan rim suka terbaru ini ke motor anda?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.