Yamaha YZF-R15 2018 Dilancarkan Di India! RM7,651

India Yamaha Motor (IYM) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Yamaha YZF-R15 2018 ketika acara Auto Expo 2018. Versi ketiga motosikal R15 ini dilengkapi dengan enjin satu silinder 155cc yang menjana 19hp dan 15Nm tork. Ciri menakjubkan lain yang ada pada motosikal ini termasuklah Variable Valve Actuation (VVA), klac ‘assist-and-slipper’, konsol instrument digital dan bermacam-macam…

MotoGP: Hafizh Syahrin Akan Menunggang Bagi Pasukan Monster Yamaha Tech 3?

Khabar angin MotoGP terbaru telah menuding kepada kemungkinan Hafizh Syahrin akan mengorak langkah ke kelas premier untuk berlumba dengan pasukan Monster Yamaha Tech 3. Oleh kerana Jonas Folger terpaksa berehat bagi musim 2018, pengurus pasukan Herve Poncharal telah sibuk mencari penggantinya. Tiada apa yang telah disahkan lagi buat masa ini tetapi nama Hafizh Syahrin sudah…

MotoGP: Yonny Hernandez Gantikan Jonas Folger Di Ujian Musim Sejuk Sepang

Bekas penunggang bagi pasukan Aspar MotoGP, Yonny Hernandez, akan menggantikan Jonas Folger bagi membantu pasukan Monster Yamaha Tech 3 sewaktu ujian musim sejuk Sepang. Penunggang berusia 29 tahun kelahiran Colombia itu akan mempamerkan kemahirannya buat kali pertama di atas jentera Yamaha M1 MotoGP. Hernadez juga telah dikatakan sebagai salah seorang penunggang yang telah disenarai pendek…

MotoGP: Movistar Yamaha lancarkan Yamaha M1 2018; Vinales Kekal Sehingga Tahun 2020

  Pasukan Movistar Yamaha MotoGP telah memperkenalkan jentera perlumbaan terkini mereka, Yamaha M1 2018. Motosikal bagi tahun 2018 ini berdasarkan kepada casis yang telah digunakan pada tahun 2016 yang lalu dengan bersama dengan kelengkapan serba baru yang dirancang untuk digunakan ketika ujian musim sejuk di Sepang. Maverick Viñales juga turut mengumumkan bahawa dia akan meneruskan…

Yamaha Melabur Lebih Banyak Dalam Teknologi Tiga Roda; Memperoleh Paten Brudeli Leanster

Yamaha Motor Japan telah mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh beberapa buah paten motosikal tiga roda yang menakjubkan dari Brudeli Tech. Syarikat yang bertapak di Norway tersebut memberikan tumpuan besar kepada teknologi automotif dan kenderaan Brudeli Leanster mereka adalah bukti pencapaian mereka. Pemerolehan ini menunjukkan yang Yamaha benar-benar berminat dalam membangunkan lagi pelaburan mereka bagi usaha…