Motosikal Triumph Street Triple S adalah salah sebuah daripada tiga buah model dalam rangkaian motosikal Triumph Street Triple (765). Ia dihasilkan buat penunggang harian yang inginkan motosikal yang lebih ringkas. Walaupun ia lebih ringkas, tidak bermakna ianya kurang menyeronokkan.
Category: Speed Triple 2018
Triumph Motorcycles telah mendedahkan harga rasmi bagi rangkaian Triumph Speed Triple 2018 terkini mereka. Motosikal Speed triple S 2018 didatangkan dengan harga $14,350 (RM56,101) manakala RS pula akan disediakan pada harga $16,350 (RM63,920). Jumlah tambahan yang kecil untuk RS itu akan membolehkan anda mendapat suspensi Ohlins, ekzos Arrow, kelengkapan elektronik yang dipertingkatkan (IMU, kawalan cengkaman,…
Triumph Motorcycles baru sahaja memfailkan satu cap dagang (trademark) terbaru untuk nama Daytona dan ianya mungkin sekali untuk motosikal Triumph Daytona 765 2019. Pemohonan itu telah dibuat di Amerika Syarikat dan juga Eropah bagi memastikan tiada sebarang masalah apabila model baru itu dilancarkan. Dan dengan pembekalan enjin 765cc baru bagi musim 2019 Moto2 oleh…
Triumph Motorcycles telah menayangkan video usikan motosikal Triumph Speed Triple 2018 yang kedua. Klip kedua tersebut telah memperagakan kekuasaan serta kelincahan motosikal berkenaan di bawah kawalan Carl Fogarty dan Gary Johnson. Pelancaran rasmi motosikal ini akan diadakan pada 5 Februari 2018.
Triumph Motorcycles telah menayangkan sebuah video usikan motosikal Triumph Street Triple 2018 terbaru mereka. Dibintangi Carl Fogarty dan Gary Johnson, motosikal Speed Triple terbaru telah dibayangkan sebagai “motosikal hooligan terbaik”. Skrin TFT yang serba baru telah kelihatan di dalam video tersebut dan maklumat tambahan akan disampaikan sewaktu pelancarannya pada 29 Januari 2018.