Saksikan tindakan penunggang motosikal menekan breknya sebaik sahaja trak mula hilang imbangannya. Ini adalah satu contoh baik penunggangan yang peka dan bijak. Sentiasalah menunggang dengan peka dan janganlah mudah terleka.
Category: Thailand
Kemunculan sebuah motosikal terbang telah mengemparkan warga Thailand. Kejadian ini berlaku apabila sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan tidak semena-mena tersangkut pada kabel elektrik. Kemalangan itu telah berlaku di wilayah Surin.
State Railway of Thailand (SRT) akan menghentikan pengangkutan motosikal melebihi 125cc. Penguatkuasaan ini bermula pada 1 Februari 2019. Ada di kalangan penunggang dari Malaysia yang menghantar motosikal mereka ke Chiang Mai sebelum menunggang ke Mae Hong Son.
Seorang warga Malaysia telah terkandas di Thailand susulan sebuah kemalangan. Dia perlu membayar pampasan berjumlah RM200,000 kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia. Dia juga perlu menjalani rawatan lanjutan untuk kecederaan yang telah dialaminya sewaktu kemalangan berkenaan.
Satu pasangan dari Malaysia telah dituntut membayar pampasan sebanyak RM400,000 di Thailand selepas satu kemalangan trafik. Mereka telah melanggar dan menyebabkan kematian warga tempatan sewaktu menunggang motosikal sewa. Ianya satu kebiasaan di Thailand di mana warga asing dituntut untuk membayar pampasan tidak kiralah sama ada ianya salah mereka atau pun tidak.