Royal Enfield merekodkan kemenangan sulung dalam kelas Production Twins di kejuaraan Flat Track Amerika, Florida. Pencapaian itu dilihat sebagai kejayaan besar buat Royal Enfield apatah lagi bertanding dalam musim pertama kejuaraan itu. Ketika penampilan pertama Royal Enfield sebulan yang lalu, mereka berjaya menduduki tempat keenam menerusi Johnny Lewis. Kemenangan ini turut menyaksikan Royal Enfield mengatasi…
Category: Royal Enfield
Pengeluar motosikal berpangkalan di India, Royal Enfield akan membuka kilang pemasangan di Thailand dalam usaha memperluaskan jenama itu keseluruh pelusuk dunia. Royal Enfield sebelum ini turut didedahkan akan membuka kilang pemasangan di Argentina dalam usaha mengembangkan jenama ke pasaran Amerika Selatan. Menurut laporan NikkeiAsia, keputusan membuka kilang di Thailand adalah susulan daripada jenama itu semakin…
Model Royal Enfield Bullet 350 Trials dan Royal Enfield Bullet 500 Trials telah dilancarkan. Pelancarannya itu adalah susulan kepada video teaser sebuah motosikal yang ditunggang secara ‘off-road’. Kedua-dua buah model ini berasaskan kepada model Bullet 350 dan Bullet 500, tetapi dengan beberapa buah perbezaan.
Royal Enfield akan membuka kilang pemasangan di Thailand pada bulan Jun 2019. Kilang ini bagi memenuhi permintaan pasaran motosikal di Thailand. Untuk Thailand sahaja, RE telah menerima lebih daripada 700 buah tempahan bagi model Intercepter 650 dan Continental 650 GT yang baharu.
Royal Enfield Himalayan model 2018 kini telah sedia untuk tempahan pada harga RM36,880 (harga asas tanpa GST). Dijana oleh enjin LS 410 terkini mereka, motosikal kembara 411cc mereka menghasilkan 24.5hp dan 32Nm tork. RE Motorcycles Sdn. Bhd. akan menawarkan model Himalayan terbaru ini dalam dua warna yang berbeza: Granite dan Snow.
Royal Enfield baru sahaja memperkenalkan Royal Enfield Classic 500 Pegasus 2018 edisi terhad. Diasaskan dari motosikal Classic 500, edisi Pegasus ini telah diilhamkan dari oleh model Flying Flea tahun 1930-an jenama tersebut dan juga Rejimen Payung Terjun Tentera British. Hanya 1,000 buah unit akan dihasilkan dan harganya di sekitar £5,000 (RM26,656).
Wakil pengedar dan kedai utama Royal Enfield telah dilancarkan secara rasmi di Shah Alam, Selangor. Dikendalikan oleh RE Motorcycles Sdn. Bhd., kedai utama ini telah pun memulakan khidmat jualan serta selepas jualannya. Rangkaian motosikal Classic, Bullet, dan Rumbler telah pun tersedia dengan lebih banyak model akan tiba pada masa yang akan datang.
Rangkaian motosikal Royal Enfield Thunderbird X 2018 baru sahaja dilancarkan di India. Motosikal Thunderbird 350X dan 500X yang baru ini telah direka untuk generasi muda dengan perincian yang dilegapkan serta tangki bahanapi yang berwarna terang. Ditetapkan harganya bermula dari 156,000 INR (RM9,374), tiada lagi berita sama ada model Thunderbird terbaru ini akan disediakan bagi pasaran…
Presiden Republik Indonesia baru sahaja memperolehi sebuah motosikal buatan khas Royal Enfield semalam. Motosikal chopper buatan khas janaan enjin 350cc Royal Enfield itu telah dibina oleh Elders Garage dari Indonesia. Ianya telah diinspirasikan daripada sebuah filem pendek separa dokumentari tempatan bertajuk “Chopperland”.