Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.
Category: Motosikal konsep
Moto Guzzi telah memperkenalkan motosikal konsep, V85, sewaktu EICMA 2017. Motosikal V85 datang dalam bentuk sebuah motosikal dwi-sukan. Fail paten buat motosikal terebut telah didedahkan di atas talian.
BMW Motorrad telah memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer kelas pertengahan, BMW Concept 9Cento. Motosikal Concept 9Cento ini secara asasnya adalah gabungan antara rupa bentuk S 1000 XR dengan enjin F 850 GS. BMW Motorrad sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah motosikal sports-tourer yang baharu dalam rangkaian mereka pada masa yang akan datang.
Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit. Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc. BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.