Sewaktu dalam keriuhan aksi MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, Modenas Malaysia telah mencuri tumpuan dengan pelancaran Bakat Besi, Sebuah program mencari bakat yang pertama seumpamanya di Malaysia untuk Rekaan dan Kejuruteraan Motosikal. Program ini bertujuan untuk menawarkan para pembina, mekanik, pelajar serta penggemar motosikal satu peluang bagi menjadikan minat mereka sebagai satu…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Hong Leong Yamaha Motors Sdn. Bhd. (HLYM) baru sahaja memperkenalkan dua kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Nmax 2017 mereka. Dengan nama yang ringkas “Blue” dan “Black”, ianya sudah pasti menambahkan lagi dua warna yang baru dalam rangkaian itu, sementara warna yang lama akan dihentikan pengeluarannya. Harganya tetap sama pada tahap RM8,812.14…
Tambahan terkini pada keluarga Scrambler telah pun diperkenalkan dalam bentuk motosikal Ducati Scrambler 1100 2018. Enjin V-berkembar, sejukan udara, 1,079cc serba baru telah dilengkapkan pada motosikal Scrambler terbaru ini yang mana ianya dapat menghasilkan kira-kira 85hp dan 88Nm tork. Terdapat tiga buah model berbeza yang boleh didapati; Ducati Scrambler 1100, Ducati Scrambler 1100 Special, dan…
Bagi pusingan MotoGP Malaysia 2017 tahun ini, Boon Siew Honda telah menyediakan sesuatu yang amat istimewa di gerai MotoGP mereka. Bertemakan “Feel the Vibe”, akan adanya muzik, aktiviti, dan kelengkapan perlumbaan dan gaya hidup terkini yang akan disediakan buat para pembeli. Selain itu, sebuah motosikal RC213V akan disediakan khas buat para pengunjung untuk sesi bergambar…
ARTIKEL OLEH: WAHID OOI ABDULLAH Motosikal kelas pertengahan Kawasaki 650cc kini menyambut ulangtahunnya yang ke-11. Model-model baru seperti Ninja 650 ABS, Z650 ABS dan Versys 650 kini sedang mengecapi kejayaan yang gemilang. Menyeronokkan, mesra pengguna, mampu dimiliki, dan kos penyelenggaraan yang rendah membuatkannya popular.
Honda Thailand memperkenalkan siri jentera 150cc yang cukup menarik pada pertengahan 2017 ini. Saksikanlah Honda CB150R. Rekaan yang mengingatkan kita kepada gaya pelumba kopi yang sangat popular pada suatu masa dulu (sekarang pun masih ada peminatnya).
Kawasaki Motor Indonesia mengemaskini jentera 2-silinder 250cc mereka iaitu Z250. Model ini hadir dengan rim berwarna emas yang cukup padan dengan grafik merah dan hitam pada badannya.
Sekeping gambar intipan sekilas penampakan jentera Yamaha YZF-R15 yg sedang diuji di Sungai Buloh dikirim oleh pembaca, Haziq. Telah lama peminat motosikal di Malaysia menginginkan jentera ini, tetapi belum ada perkhabaran mengenainya. Kali ini, ia sedang diuji. Mungkin hanya sekadar ujian dalaman atau ujian jalanan untuk pelancaran pada masa depan. Kami pun tak pasti.
Siri Masterclass Shell Advance telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada roadshow ‘Outride Anything’ Shell Advance eksklusif buat mekanik motosikal tempatan. Program masterclass ini diadakan bagi membekalkan mekanik tempatan dengan pengetahuan serta tip yang berguna dalam penyelenggaraan motosikal yang betul. Sejumlah tujuh buah video atas talian telah dihasilkan dengan kerjasama dengan Ducati bagi menyediakan para mekanik dengan…