Umum sedia maklum bahawa Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) merupakan pengedar rasmi bagi jenama Kawasaki di Malaysia. Kerjasama itu menyaksikan Modenas akan menjenamakan semula model 650cc ke bawah dan dibuktikan menerusi pelancaran beberapa model sulung antaranya Modenas Ninja 250, Z250 dan Vulcan S. Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa Modenas akan turut melancarkan Modenas Versys…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Triumph Motorcycles dengan rasminya mendedahkan model terbaru hasil kerjasama dengan Bajaj Auto, sekaligus menamatkan segala spekulasi dan khabar angin yang berlegar berbulan lamanya sebelum ini. Kerjasama tersebut menyaksikan lahirnya dua model serba baharu, menerusi Triumph Speed 400 dan Triumph Scrambler 400 X. Kedua-dua model ini dibangunkan dengan platform TR terbaru. Menurut Triumph, platform TR tersebut…
Yamaha akan mengorak langkah seterusnya dalam arena kenderaan elektrik apabila dilaporkan bakal memasarkan skuter elektrik E01 pada 2024. Yamaha E01 akan menyertai NEO yang telah pun diperkenalkan di beberapa pasaran global tahun lepas. Yamaha telah pun giat menjalankan pelbagai sesi ujian termasuk memberi peluang kepada media global merasai kemampuan skuter tersebut. Kami juga telah berpeluang…
GIVI Malaysia memperkenalkan sebuah lagi helmet baharu untuk pasaran tempatan kali ini menerusi model X21 Challenger. Merupakan helmet jenis ‘flip-up’ atau ‘modular’, helmet ini ditawarkan pada harga RM735 sahaja dan datang dengan empat saiz; M (58cm), L (60cm), XL (61cm) dan XXL (62cm). Menurut GIVI Malayisa, X.21 Challenger ini datang dengan tiga warna menarik; Spirit…
Pengedar rasmi jenama Brixton Motorcycles di Malaysia, Mforce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan Brixton Cromwell 1200 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM58,888. Bagaimanapun, sempena pelancaran minggu lalu, MForce menawarkan harga istimewa, RM55,888 bagi 50 pembeli pertama. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Brixton Cromwell 1200 merupakan motosikal segmen retro-klasik yang telah digabungkan dengan…
Petronas menerusi Petronas Lubricants International terus mengorak langkah dalam arena permotoran dua roda apabila diumumkan sebagai penaja utama pasukan Energica Tytlers Cycle Racing di kejuaraan MotoAmerica Super Hooligan. Ketika ini Energica merupakan satu-satunya pengeluar motosikal elektrik yang bertanding di MotoAmerica Super Hooligan bersama jentera ICE (enjin pembakaran dalaman) lain. Bagi musim 2023, Energica bersama-sama Tytlers…
BMW Motorrad bakal melancarkan generasi terbaru Gelande Strasse menerusi R 1300 GS pada 28 September ini. Perkara itu diumumkan ketika BMW Motorrad meraikan pengeluaran model GS dengan enjin ‘boxer’ yang ke sejuta dalam sejarah syarikat itu. Menurut BMW, R 1300 GS itu akan didedahkan kepada umum dalam satu majlis eksklusif yang terletak berhampiran dengan kilang…
UMW Toyota telah melancarkan Toyota Innova Zenix terbaru untuk pasaran tempatan yang merupakan model CBU Indonesia. Menariknya, terdapat dua varian ditawarkan kali ini yang merangkumi Innova Zenix 2.0V Dan Innova Zenis 2.0 HEV. Menurut UMW Toyota, 2.0V (8-tempat duduk) ditawarkan pada harga RM165,000 sementara varian ‘flagship’ 2.0 HEV (7 tempat duduk) yang didatangkan dengan platform…
Boon Siew Honda telah mengemas kini Honda CBR150R dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023. Menurut BSH, CBR150R kini datang dengan warna Pearl Nightfall Blue. Menariknya kombinasi warna tersebut menggabungkan warna biru dan kuning ala grafik ‘Spoon’ yang popular pada kenderaan Honda di Jepun. Bagaimanapun, selain pilihan warna baharu itu, tiada perubahan lain berlaku dibahagian…