Yamaha Dijangka Pasarkan Skuter Elektrik E01 Tahun Depan

Yamaha akan mengorak langkah seterusnya dalam arena kenderaan elektrik apabila dilaporkan bakal memasarkan skuter elektrik E01 pada 2024. 

Yamaha E01 akan menyertai NEO yang telah pun diperkenalkan di beberapa pasaran global tahun lepas. 

Yamaha telah pun giat menjalankan pelbagai sesi ujian termasuk memberi peluang kepada media global merasai kemampuan skuter tersebut. Kami juga telah berpeluang merasai E01 di ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) yang terletak di Sg Buloh. 

Meskipun tarikh rasmi belum diumumkan setakat ini namun laporan media antarabangsa mendakwa E01 akan mula memasuki pasaran tahun depan. 

Untuk rekod, Yamaha E01 merupakan skuter elektrik yang menyamai kuasa skuter 125cc. Ini kerana elektrik motor yang ada pada E01 menawarkan 8.1kW (10.8hp) dan 30.2Nm. 

Yamaha mendakwa E01 boleh pergi sejauh 100km pada setiap cas penuh dan boleh mencapai kelajuan sekitar 100km/j. 

Terdapat tiga pilihan pengecas bagi Yamaha E01:

  • pengecas konvensional (rumah) – 6 jam hingga penuh
  • pengecas pantas (pengedar) – 1 jam hingga 80 peratus
  • pengecas mudah alih – 13 jam hingga penuh
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]