65,000 Pengunjung Banjiri Art Of Speed 2023

Art Of Speed (AOS) 2023 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang telah pun melabuhkan tirai pada Ahad yang menyaksikan 65,000 pengunjung hadir meraikan acara ‘custom culture’ terbesar di Malaysia itu.  Seperti edisi sebelumnya, tahun 2023 juga menyaksikan pameran kenderaan kustom dari dalam dan luar negara sebagai tumpuan utama antaranya; Wild Road Choppers…

DWP2024: Ducati Monster 30th Anniversario Didedahkan – Hanya 500 Unit

Ducati membuka tirai episod pertama Ducati World Premier 2024 dengan mendedahkan Ducati Monster 30th Anniversario edisi terhad.  Terhad kepada 500 unit, Monster 30th Anniversario ini meraikan ulang tahun ke-30 model Monster sejak diperkenalkan kali pertama pada 1993. Monster merupakan model yang cukup ikonik pada sejarah Ducati kerana bukan sahaja berjaya menyelamatkan jenama itu malah muncul…

Geng Lamborghini Akan Dipanggil PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil kesemua lima pemandu kereta jenis Lamborghini yang dirakam melakukan pemanduan melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru-baru-baru ini.  Perkara itu disampaikan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora yang turut memaklumkan kesemua pemandu tersebut telah dikenal pasti menerusi rakaman video yang tular di media sosial.  “Aksi memandu kereta secara…

Pra-Tempahan Royal Enfield Super Meteor 650 Dibuka – Bawah RM40k

Royal Enfield Malaysia telah pun mempersembahkan Royal Enfield Super Meteor 650 buat julung kalinya ketika hari pembukaan Art Of Speed 2023 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.  Bagaimanapun, pihak Royal Enfield Malaysia mendedahkan bahawa pelancaran rasmi model tersebut hanya akan dilakukan pada lewat September tahun ini. Apa pun, kami dimaklumkan bahawa Super Meteor 650 akan dipasarkan…

RASMI: Yamaha XMAX 250 2023 Tiba Di Malaysia – RM23,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan skuter maxi popular, Yamaha XMAX 250 2023 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM23,998 Model 2023 ini paling ditunggu-tunggu peminat motosikal tempatan ekoran tampil dengan pelbagai ciri terkini dan lebih moden berbanding generasi sebelumnya.  Pertamanya, panel meter pada XMAX 250 2023 ini datang dengan paparan skrin…

RASMI: Suzuki Raider R150Fi 2023 Tiba Dengan Dua Warna Baharu – RM8,838

Seperti dilaporkan sebelum ini, Suzuki Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Suzuki Raider R150Fi 2023 yang telah dikemas kini dengan dua pilihan warna baharu.  Menurut perkongsian di media sosial, Raider R150Fi 2023 itu tampil dengan warna Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey dan Bright Ivory/Titan Black. Skim warna baharu itu merupakan yang sama dipasarkan di Vietnam dan…

KTM X PUMA Powerwear Replica Team Dilancarkan Di Eropah – RM741

KTM telah berkolaborasi dengan jenama pakaian sukan popular, PUMA bagi menawarkan kasut KTM Powerwear Replica Team untuk pasaran global.  PUMA bukan jenama asing bagi segmen permotoran apabila pernah bekerjasama dengan beberapa jenama automotif lain antaranya Ducati, BMW dan Ferrari.  Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kasut PUMA X KTM Powerwear Replica Team ini bukanlah kasut ‘riding motosikal’…

Cardo System Perkenalkan Fungsi Rakaman Audio Bagi Packtalk Edge, Neo

Cardo System telah mengemas kini Cardo Packtalk Edge dan Packtalk Neo dengan fungsi rakaman audio.  Ciri terbaru ini membolehkan pengguna Cardo Packtalk Edge dan Neo merakam audio berkualiti tinggi dengan hanya satu butang. Fungsi terbaru ini membenarkan pelanggan bukan sahaja merakam audio sendiri malah malah rakan-rakan yang berhubung menerusi DMC (Dynamic Mesh Communication) dan Bluetooth. …

VMoto Akan Dipasarkan Di Malaysia Menerusi Ni Hsin EV Tech

Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar motosikal elektrik dari Australia. VMoto Ltd, baru-baru ini.  MoU tersebut menyaksikan Ni Hsin EV Tech akan memasang dan memasarkan motosikal eletrik VMoto di Malaysia.  Ni Hsin dalam satu kenyataan mendedahkan kedua-dua pihak telah menubuhkan kerjasama strategik bagi memasang dan mengedar beberapa model…