Suzuki Perkenal Dua Warna Baharu V-Strom 1050 XT Bagi 2021

Suzuki berkongsi gambar rasmi dua pilihan warna baharu bagi V-Strom 1050 XT yang ditawarkan bagi tahun 2021. Corak pertama menggabungkan pilihan warna hitam dengan rim berwarna emas serta grafik berwarna kelabu. Sementara model kedua menawarkan warna kelabu yang dipadankan dengan rim berwarna biru gelap. Selain daripada pilihan warna baharu, V-Strom 1050 XT ini kekal dengan…

10 Unit Suzuki Hayabusa 2021 Edisi Terhad Habis Dijual

Baru-baru ini, Suzuki telah pun melancarkan Hayabusa 2021 yang telah dikemas kini dengan pelbagai ciri baharu. Bagaimanapun, pada masa sama Suzuki turut memperkenalkan 10 unit edisi terhad khas untuk pasaran Itali. Difahamkan, tarikh tutup pembelian 10 unit tersebut adalah 15 Mac ini namun kesemua model tersebut telah pun habis terjual dalam masa tiga hari. Varian…

MotoGP: Ducati Rasmikan Desmosedici 2021, Lenovo Penaja Utama

Ducati telah pun merasmikan jentera Desmosedici 2021 serta mengumumkan Lenovo sebagai penaja utama dalam pelancaran pasukan itu secara atas talian yang berlangsung, malam tadi. Ducati bakal membuka tirai musim 2021 dengan dua muka baharu, Jack Miller dan Francesco Bagnaia menggantikan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci. Bagi musim 2021, jentera GP21 tampil dengan warna merah lebih…

Suzuki Lancar Swift Sport Hybrid World Champion Edition – RM102,400!

Sempena kejayaan pelumba Suzuki MotoGP, Joan Mir, dalam merangkul kejuaraan dunia musim 2020, Suzuki memperkenalkan Swift Sport Hybrid World Champion Edition. Aspek paling unik tentang Suzuki Swift ini adalah pemilihan ‘livery’ sama yang diguna pakai pada jentera Suzuki GSX-RR pasukan Suzuki Ecstar musim lalu. Gabungan warna biru metalik dengan kemasan perak tersebut juga diinspirasikan daripada…

Kawasaki ZX7-RR 1996 Kondisi NOS Ini Untuk Dijual – RM224,500!

Hakikatnya, terdapat banyak motosikal klasik dan lama yang boleh didapati dengan mudah antaranya secara atas talian. Namun, tak semua menawarkan kondisi terbaik dan hampir pasti kesemua motosikal klasik ini telah pun merekodkan perbatuan yang tinggi. Bagaimanapun, kes berbeza bagi sebuah motosikal Kawasaki ZX7-R 1996 ini yang masih lagi tidak mencatatkan sebarang perbatuan walaupun selepas 25…

Moto2: Buang Plat Besi, Hafizh Perlu Masa Hampir Sebulan Untuk Pulih

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, baharu sahaja selesai menjalani pembedahan buang dua plat besi di tangan kanan, minggu lalu. Senario itu meletakkan Hafizh terpaksa bersaing dengan masa bagi memastikan tangan kanan pulih sepenuhnya menjelang pembukaan tirai Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP yang berlangsung di Litar Losail, Qatar, bulan depan. Menurut laporan BH, Hafizh menjalani pembedahan buang…

Kilang Pemasangan Porsche Bakal Dibangunkan Di Kulim

Porsche AG dilaporkan bakal mewujudkan kilang pemasangan kenderaan di Kulim, Kedah. Menurut laporan The Edge, Porsche akan menjalin kerjasama dengan syarikat subsidiari milik Sime Darby Motors Sdn Bhd, Inokom Corporation Sdn Bhd. Ini merupakan fasiliti seumpamanya pernah dibangunkan Porsche di luar Jerman. Langkah baharu oleh Porsche itu dijangka akan membawa pelaburan besar di Malaysia apatah…

Suzuki Hayabusa 2021 Dirasmikan – Dengan Launch Control, Brembo Stylema dan Quickshifter!

Suzuki Motorcycle akhirnya melancarkan Hayabusa 2021 secara rasmi menerusi Suzuki Motorcyle Global Salon, hari ini. Bagi tahun 2021, generasi ketiga Hayabusa ini tampil dengan penggunaan lampu LED penuh (depan dan belakang). Suzuki turut menaik taraf enjin 4-inline 1,340cc Hayabusa bagi mencapai standard Euro 5 yang kini menawarkan 187.4hp pada 9,700rpm dan 150Nm pada 7,000rpm. Angka…