Honda Forza 250 Dilancarkan Di Indonesia – 22.7HP, 23Nm!

PT Astra Honda Motor (AHM) telah melancarkan Forza versi 250cc bagi pasaran Indonesia.

Model 2021 itu tampil dengan lampu LED penuh, penghadang angin boleh laras secara elektronik, kemasan dua-tona dan rim aloi di samping ruang letak barang boleh memuatkan dua helmet.

Skuter maxi itu tampil dengan Empat warna pilihan, Candy Rosy Red, Pearl Horizon White, Indy Gray Metallic, serta Matte Gunpowder Black Metallic.

Honda Forza 250 ini didatangkan dengan enjin 249cc eSP+ (enhanced Smart Power) yang menjana 22.7hp pada 7,750rpm serta 24Nm pada 6,250rpm.

Sistem suspension hadir dalam bentuk fork depan jenis teleskopik serta penyerap hentakan belakang berkembar manakala sistem brek dikendalikan ABS dwi-saluran (dual-channel) serta cakera brek depan dan belakang.

Tunggangan juga dipertingkat dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Antara ciri lain ditawarkan:

  • berat 186 kilogram
  • tangki 11.7 liter
  • tayar 120/70-15 depan
  • tayar 140/70-14 belakang
  • ketinggian tempat duduk 780mm
  • Honda Smart Key (keyless)
  • pengecas USB
  • Emergency Stop Signal (ESS)

Honda Forza 250 2021 ini ditawarkan pada harga IDR83.81 juta (RM24,400).