Setelah terbabit dalam isu bertikam lidah dengan Jack Miller di media sosial, Jorge Lorenzo kembali mencuri tumpuan dengan perkongsian terbaru di Twitter. Bekas juara dunia tiga kali itu telah memuat naik ‘screenshot’ yang diambil dari Wikipedia mengenai sejarah karier pelumba Aprilia, Aleix Espargaro. ?????????????????????….!!!!!!!! 0 victories in 18 years really!!?? I knew your manager is…
Category: MotoGP 2021
Berita mengenai litar jalan raya yang bakal menjadi tuan rumah pusingan MotoGP Indonesia telah diterima dengan penuh keraguan. Mereka yang kurang arif berpendapat bahawa ianya merbahaya buat penunggang MotoGP dan juga penonton. Bagaimana pun, pelannya telah pun dirangka bagi mematuhi tahap keselamatan dan telah mendapat lampu hijau dari Dorna dan FIM.
Indonesia bakal menganjurkan perlumbaan MotoGP jalan raya yang pertama bermula tahun 2021. Litar 4.32 km yang baharu itu akan bertempat di Mandalika, Lombok. Pusingan yang baharu itu akan menambah pusingan MotoGP menjadi 21 buah perlumbaan setiap tahun.