MotoGP: Jorge Lorenzo “Mengganas” Lagi, Kali Ini Persoal Karier 18 Tahun Aleix Espargaro

Setelah terbabit dalam isu bertikam lidah dengan Jack Miller di media sosial, Jorge Lorenzo kembali mencuri tumpuan dengan perkongsian terbaru di Twitter.

*Jorge Lorenzo

Bekas juara dunia tiga kali itu telah memuat naik ‘screenshot’ yang diambil dari Wikipedia mengenai sejarah karier pelumba Aprilia, Aleix Espargaro.

Dia turut berkongsi kapsyen yang menyebut,” 0 kemenangan dalam (tempoh) 18 tahun? Saya tahu pengurus kamu seorang yang hebat tetapi sangat ajaib bagaimana kamu masih berada dalam (perlumbaan) MotoGP.

“Sekurang-kurangnya Cal (Crutchlow) dan Jack (Miller) telah pun memenangi beberapa perlumbaan,” katanya.

Perkongsian itu merupakan respon Lorenzo terhadap beberapa kenyataan Espargaro yang mengherdik rakan senegaranya itu ekoran komen yang dibuat di Instagram terhadap kemalangan yang menimpa Crutchlow sewaktu di Turn 2 pada hari pertama ujian pra-musim di Losail, Qatar.

Espargaro turut tertawakan perkongsian Lorenzo di Twitter apabila 59.3 peratus enggan bekas juara dunia itu berkongsi pendapatnya menjelang pembukaan tirai MotoGP musim 2021.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.