Category: Moto3
Jorge Martin telah berjaya memenangi perlumbaan Moto3 yang pertama bagi musim 2018. Berbeza dengan tahun lalu di mana seramai 17 orang penunggang telah bersaing bagi mendapatkan kemenangan, sepasang penunggang telah berjaya memisahkan diri menjadi kelompok pendahulu. Para penunggang pasukan Petronas Sprinta Racing telah berjaya mendapat tempat ke-lapan dan ke-sebelas.
Pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 telah dilancarkan secara rasmi semalam di Litar Antarabangsa Sepang. Kerjasama yang baru di antara Petronas dan SIC ini telah menghasilkan arah tujuan baru pasukan berkenaan bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggangnya, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki telah bersedia bagi menggalas cabaran bersaing dalam kelas Moto3.
Ujian Valencia Moto2, Moto3 2018: Usaha Zulfahmi Khairuddin dan Adam Norrodin Dibantutkan Oleh Cuaca
Ujian pra musim Moto2 dan Moto3 2018 telah berlangsung baru-baru ini di Valencia. Ketiga-tiga hari ujian berkenaan telah dibantutkan oleh hujan yang telah menyebabkan litar menjadi sejuk. Penunggang dari Malaysia, Zulfahmi Khairuddin (Moto2) dan Adam Norrodin (Moto3) meluangkan masa tersebut menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…
Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol…
Musim 2018 MotoGP akan menyaksikan ke semua penunggang tetap memakai sut perlumbaan berbeg udara sekiranya mereka ingin bertanding di dalam kategori perlumbaannya. Ke semua sut perlumbaan mestilah dilengkapi dengan sistem beg udara yang akan memberikan perlindungan pada bahagian bahu dan tulang selangka. Ini adalah satu langkah yang baik memandangkan para pengeluar akan melabur dengan…
Kategori perlumbaan Moto2 dengan nyata sekali telah didominasi oleh sebuah pengeluar casis motosikal iaitu Kalex. Dengan sebuah casis berteknologi paling maju, hampir 70% daripada keseluruhan penunggang dalam kelas perlumbaan pertengahan menggunakan Kalex untuk musim 2017. Para penunggang seperti Johann Zarco, Franco Morbidelli, dan juga Hafizh Syahrin telah menggunakan motosikal Kalex kerana kehebatannya itu.
Penunggang Moto3, Juanfran Guevara, dengan secara rasminya mengumumkan persaraannya daripada dunia perlumbaan motosikal. Keputusan ini telah diambil disebabkan tekanan yang dihadapi berkaitan perlumbaan motosikal dan penajaan yang diperlukan bagi meneruskan usahanya itu. Penunggang berusia 22 tahun dari Sepanyol itu telah memutuskan untuk menumpukan perhatian pada kerjayanya dalam perniagaan dan menyambung pelajaran.