Baru-baru ini Danny Kent telah mengumumkan keberangkatannya dari pasukan Moto2 Kiefer Racing kerana kesukaran yang berpanjangan semenjak kemunculannya di Moto2 musim lepas. “Ia merupakan satu masa yang sukar sejak menyertai pasukan ini dan saya tidak rasa yang saya boleh capai potensi saya, jadi saya memutuskan untuk menarik diri.” “Ia mematahkan hati saya sebagai seorang manusia…
Category: Moto2
Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) menjadi penunggang Itali pertama yang memenangi dua perlumbaan Moto2 secara berturut-turut. Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) muncul di tempat kedua selepas Alex Marquez terbabas keluar dari perlumbaan pada pusingan yang terakhir perlumbaan. Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) mengisi kedudukan podium dengan jarak 15 saat di belakang Morbidelli.
Musim MotoGP secara rasminya bermula pada hari ini dengan kesemua pasukan bersedia untuk berentap bila tibanya hari Ahad ini. Para penunggang, pasukan dan kru telah bersedia di Qatar untuk pusingan pertama dalam salah satu perlumbaan motosikal paling berdaya saing seluruh dunia di Litar Antarabangsa Losail. Kebanyakkan penunggang utama telah berkumpul untuk sidang akhbar pertama bagi…
Pol Espargaro dan Bradley Smith akan berlumba dengan KTM RC16 dalam MotoGP Brad Binder dan Miguel Oliveira akan mulakan usaha KTM dalam kategori Moto2 Niccolo Antonelli dan Bo Bendsneyder akan mempertahan kejuaraan KTM dalam Moto3 KTM baru sahaja melancarkan kesemua motorsikal yang akan berlumba dalam ketiga-tiga kategori MotoGP, Moto2 dan Moto3. Perlancaran berlangsung semalam…
Pada musim perlumbaan 2017 dalam siri Moto2 terdapat dua pelumba Malaysia disenaraikan iaitu Hafizh Syahrin #55 dengan pasukan PETRONAS Raceline Malaysia dan Khairul Idham Pawi #89 dengan pasukan Idemitsu Honda Team Asia. Selamat Maju Jaya Pescao dan SuperKIP!
Perlumbaan Moto3 menyaksikan 3 pelumba beraksi dengan prestasi yang memberangsangkan dari Hafiq Azmi dan Khairul Idham Pawi. Khairul Idham Pawi terus mengutip mata pada kedudukan ke-8 dengan 8 mata yang menjadikan beliau salah satu kebangkitan dari Asia.
Pelumba tanah air, Hafiq Azmi, akan beraksi sebagai pelumba ‘wildcard’ untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint dalam kategori Moto3. Ramai peminat dunia permotoran di Malaysia ini bersemangat untuk memberi sokongan kepada pelumba-pelumba Malaysia didalam kategori Moto3 dan Moto2 hari ini. Selain dari Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) dan Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team)…
Moto3 Pada sesi kelayakan hari ini, Khairul Idham Pawi mencatat masa terbaik untuk berada di kedudukan ke-2 untuk FP1 dan ke-3 untuk FP2. Adam Norrodin pula pada kedudukan ke-24 untuk FP1 dan terus meningkat kepada kedudukan ke-13 pada FP2. Hafiq Azmi di kedudukan ke-28 pada FP1 dan meningkat kepada kedudukan ke-26 pada FP2.
MotoGP Cal Crutchlow dari LCR Honda menjadi juara pertama pelumba British di Philip Island setelah Marc Marquez terbabas. Manakala di tempat kedua adalah Valentino Rossi yang bermula dari petak ke-15. Tempat ketiga pula dari pelumba Suzuki iaitu Maverick Vinales. Musim ini menyaksikan tempat 1, 2 dan 3 tidak didominasi oleh pelumba yang sama yang menjadikan…