Moto2: Morbidelli kekal rekod kemenangan sempurna di GP Argentina

  • Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) menjadi penunggang Itali pertama yang memenangi dua perlumbaan Moto2 secara berturut-turut.
  • Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo) muncul di tempat kedua selepas Alex Marquez terbabas keluar dari perlumbaan pada pusingan yang terakhir perlumbaan.
  • Thomas Luthi (CarXpert Interwetten) mengisi kedudukan podium dengan jarak 15 saat di belakang Morbidelli.

https://www.facebook.com/MotoGP/videos/10155548539915769/

Pada hari yang dipenuhi dengan berbagai emosi bagi Moto2 EG 0,0 Marc VDS apabila kedua-dua penunggang mereka sedang menuju ke penamat dalam
kedudukan pertama dan kedua di atas podium ketika dengan tidak semena-menanya Alex Marquez ditimpa kecelakaan dan terbabas pada pusingan yang terakhir perlumbaan. Franco Morbidelli menamatkan perlumbaannya di tempat pertama selepas permulaannya yang bagus pada awal perlumbaan.

Sumber imej: KTM

Dia dapat mengekalkan ketenangannya sepanjang perlumbaan walaupun terdapat tanda-tanda yang tayar belakangnya bermasalah. Kemenangan ini juga telah menjadikan Morbidelli sebagai penunggang Itali yang pertama telah memenangi dua perlumbaan Moto2 berturut-turut.

Tempat kedua bagaikan pasti sudah menjadi milik Alex Marquez namun kerana terbabas, ianya jatuh ke tangan penunggang bernombor 44 Miguel Oliveira dari Red Bull KTM Ajo. Ianya merupakan perlumbaan yang sepi tanpa sebarang cabaran bagi penunggang Portugis ini tetapi keputusan ini disambut dengan baik olehnya dan juga untuk KTM.

Lebih jauh di belakang kelompok di posisi ketiga adalah Thomas Luthi yang menunggang untuk CarXpert Interwetten dan melintasi garisan penamat dengan jarak masa melebihi 10 saat di belakang Franco Morbidelli. Takaaki Nakagami dari IDEMITSU Honda Team Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik ketika sesi kelayakan malangnya terpaksa bersara dari perlumbaan pada pusingan pertama perlumbaan akibat terlibat dalam kemalangan dengan Remy Gardner dari pasukan Tech 3

TEKAN SINI untuk melihat keputusan penuh perlumbaan Moto2 di Litar Termas de Rio Hondo.

Sumber Imej: MotoGP

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]