Category: Dominar D400 2018
Konvoi Modenas Dominar 400 yang terkini menuju ke Kuantan, Pahang. Ianya merupakan konvoi bermalam pertama dalam siri tunggangan ini. Turut diadakan aktiviti pencarian harta karun dan berhimpun mengelilingi unggun api.
Modenas telah menganjurkan satu konvoi “Explore the Unexplored” Dominar bagi membolehkan para penunggang Dominar D400 merasai sendiri kehebatan elemen sport-tourer jentera tersebut. Tunggangan pertama ini adalah dari Kuala Lumpur menuju Ipoh. Konvoi ini telah berhenti di beberapa buah tempat tarikan ramai bagi membolehkan para penunggang untuk menangkap gambar bagi projek #motography.
Modenas telah melancarkan model Dominar D400 2018. Dikelaskan sebagai motosikal sport-tourer, ianya mudah dan selesa untuk ditunggang. Ditetapkan pada harga RM13,788 (harga pengenalan asas tidak termasuk GST), Ia bakal mendominasi segmen pasarannya.
Setelah menanti untuk sekian lama, Modenas telah melancarkan model Dominar D400 2018 pada malam ini. Ditetapkan pada harga RM yang amat berdaya saing, Ia bakal menggemparkan lagi pasaran motosikal di bawah 400cc.