Model KTM 790 Duke, yang diberi nama gelaran “The Scalpel”, telah pun tiba di tanah air kita. Ianya telah dijurutera untuk kegunaan harian, kembara hujung minggu, mahu pun untuk penunggangan atas litar. Motosikal ini cukup ringan dan padat!
Category: KTM
KTM India telah mengesahkan bahawa model KTM 390 Adventure 2019 yang baharu akan sedia untuk dikilangkan pada tahun hadapan. Motosikal kembara tahap permulaan yang baharu itu akan berkongsi platform yang sama seperti model 390 Duke dan RC390. Model 390 Adventure yang baharu ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini sewaktu EICMA 2018.
KTM Malaysia telah memuatnaik sesuatu yang amat menarik sekali di laman Facebook mereka yang berkaitan dengan KTM 790 Duke 2018. Motosikal KTM 790 Duke, atau juga dikenali dengan nama gelaran “The Scalpel”, dijangka akan tiba di tanah air kita dalam enam bulan yang pertama bagi tahun 2018. Kita boleh andaikan yang ianya akan ditetapkan pada…
Miguel Oliveira akan berpindah ke kelas MotoGP pada musim 2019 setelah menandatangani perjanjian baru bersama pasukan Tech 3. Penunggang kelahiran Portugal berusia 23 tahun itu bakal menjadi penunggang pertama yang telah melalui keseluruhan sistem Red Bull KTM. Bermula dengan Red Bull Rookies Cup, sehinggalah ke MotoGP, Oliveira merupakan bintang harapan baru yang telah berjaya menghadiahkan…
Johann Zarco akhirnya telah mengumumkan bahawa dia akan menyertai pasukan pengilang KTM bagi MotoGP musim 2019 dan 2020. Penunggang kelahiran Perancis itu akan berganding dengan Pol Espargaro yang juga telah memperbaharui kontrak dua tahun bersama KTM. KTM yakin yang Zarco akan mampu mengemudi jentera KTM RC16 bagi menduduki tempat di atas podium.
Beberapa buah gambar intipan motosikal KTM 1290 Super Duke R 2019 telah mula tersebar di atas talian internet. Selain daripada beberapa buah pengemaskinian penggayaan, model 2019 yang baru itu juga dilihat menampilkan casis dan sistem ekzos yang telah dirombak semula. Motosikal KTM 1290 Super Duke R 2019 yang baru itu dijangka akan dilancarkan di penghujung…
Pusingan 1 bagi KTM Orange Enduro 2018 adalah pusingan permulaan yang hebat bagi siri perlumbaan berkenaan. Ia telah diadakan pada 21 April 2018 di Amanjaya Mall di Sungai Petani, Kedah. Pertandingan ini menampilkan bakat-bakat yang berkebolehan besar di kalangan penunggang-penunggang Malaysia
Lagi gambar intipan motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 telah dimuatnaik ke atas talian. Motosikal Super Duke GT yang baru ini dilihat dengan bahagian hadapan yang dirombak semula dan lampu hadapan yang cukup tidak asing dengan keluarga 1290. Motosikal KTM Super Duke GT 2019 ini dijangka akan dilancarkan sewaktu acara EICMA 2018 pada bulan…