KTM sedang dalam pengemaskinian dan pengenalan model-model terbaru dalam kebanyakan rangkaian motosikal mereka. Terbaru yang akan dikemaskini adalah model 1050/1090 Adventure. Motosikal baharu itu mungkin sekali bakal dipertingkatkan dengan 1150cc selain daripada pelbagai kemaskini teknologi yang lain.
Category: KTM
Pesta KTM Malaysia Orange Carnival yang telah diadakan pada bulan lepas telah mendapat sambutan yang hangat. Cabutan bertuah adalah salah satu acara yang telah diadakan pada hari tersebut. Pemenang bertuahnya telah hadir bagi mendapatkan Hadiah Utamanya, sebuah motosikal KTM 390 Duke, di bilik pameran Lifestyle Showroom KTM Malaysia.
Siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 telah pun berlangsung di Litar Enduro KTM Malaysia di Sungai Buaya. Perlumbaan kali ini telah disertai oleh 101 orang peserta, dibahagikan kepada 7 kategori. Bagi pusingan kali ini, Kategori Dual-Purpose dan Wanita telah ditambah.
Pusingan 2 bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan berlangsung pada 14 Julai 2018. Pusingan 2 akan diadakan di Litar Enduro KTM Malaysia di Sungai Buaya, Rawang. Hadiah menarik ditawarkan buat para peserta.