Pusingan 2 KTM Malaysia Orange Enduro 2018 Bakal Berlangsung Hujung Minggu Ini!

  • Pusingan 2 bagi siri perlumbaan KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan berlangsung pada 14 Julai 2018.
  • Pusingan 2 akan diadakan di Litar Enduro KTM Malaysia di Sungai Buaya, Rawang.
  • Hadiah menarik ditawarkan buat para peserta.

KTM Malaysia kembali lagi bagi pusingan berikutnya untuk siri perlumbaan Orange Enduro 2018.

Ianya bukan sahaja untuk menonjolkan kelebihan jenama KTM dalam segmen ‘off-road’, tetapi juga bagi memberi ruang dan peluang buat para peminat sukan enduro untuk mengasah kemahiran mereka, selain mencungkil bakat-bakat baru.

Pusingan 1 KTM Malaysia Orange Enduro 2018 telah diadakan di Litar Off-Road Sungai Petani pada bulan April 2018 yang lalu. Acara perlumbaan tersebut telah mendapat sambutan hangat, dengan jumlah penyertaan yang cukup ramai, walaupun tarikh acara tersebut begitu dekat dengan acara-acara enduro yang lain.

Sila tekan pautan di bawah bagi membaca laporan kami mengenai Pusingan 1.

Pusingan 1 KTM Malaysia Orange Enduro 2018

Mengikuti jejak langkah acara tersebut, Pusingan 2 telah ditetapkan pada tarikh 14 Julai, 2018, dan ia akan diadakan di Litar Enduro KTM di Sungai Buaya, Rawang.

Seperti mana Pusingan 1, para peserta boleh memilih antara beberapa buah kategori yang disediakan, antaranya:

  • ED1 – Terbuka;
  • ED2 – KTM Enduro (Penunggang KTM sahaja);
  • ED3 – Terbuka Veteran;
  • ED4 – CKD;
  • ED5 – Cubcross;
  • ED6 – Rali D-P (dual-purpose); dan
  • ED7 – Perlumbaan ria Enduro Wanita tajaan selebriti, Achey.

Kategori Dual Purpose adalah tambahan terkini dalam siri ini, bagi membolehkan para penunggang dual-purpose/adventure menguji motosikal mereka dalam persekitaran yang berdaya saing. Ini satu berita yang mengujakan buat para pemilik motosikal ini bagi membolehkan mereka menguji sisi kembara motosikal mereka.

Para peserta Pusingan 2 KTM Malaysia Orange Enduro 2018 akan berpeluang memenangi hadiah tunai melebihi RM12,000 (dibahagikan di antara kategori berbeza), minyak pelincir Elf, helmet Gracshaw, serta pelbagai lagi hadiah-hadiah yang menarik.

Hadiah wang tunai dibahagikan seperti berikut:

  • Tempat Pertama – RM200
  • Tempat Kedua – RM100
  • Tempat Ketiga – RM80
  • Tempat Keempat – RM50
  • Tempat Kelima- RM50

KTM Malaysia Orange Enduro 2018 ditaja olej Elf Lubricant (penaja utama), Gracshaw Helmets, Shizens Skincare (Gabit merupakan duta produk mereka), EDT Printing, Corporate Hero Printing, dan Holeshot MotoWear.

KTM Malaysia Orange Enduro 2018 dijangka bakal menjadi acara terbesar KTM Malaysia tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]