Category: Kawasaki
Jonathan Rea telah mengesahkan bahawa dia akan terus berada dalam siri perlumbaan WorldSBK sehingga akhir tahun 2020. Penunggang berusia 31 tahun dari Ireland itu telah menandatangani perjanjian dua tahun bersama Kawasaki Racing Team. Pembaharuan kontrak ini juga telah menghentikan segala khabar angin yang megatakan bahawa dia akan berpindah ke MotoGP pada tahun 2019.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…
Pilihan warna yang baru bagi motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 kini sudah sedia untuk tempahan. Skema warna Metallic Green Black akan mula tersedia dari 16 April 2018 bersama dengan tiga pilihan skema warna yang sedia ada. Motosikal Z900 standard berharga RM49,158, manakala bagi varian Special Edition pula telah ditetapkan pada harga RM50,959 (harga asas beserta…
Kawasaki Z900RS 2018 telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari lalu, sebagai penghormatan bagi motosikal original tahun 1970-an, Kawasaki Z1, atau dikenali sebagai “Zephyr”. Asas utama agak mirip dengan Kawasaki Z900 ABS 2017, tetapi dengan pelbagai ‘kemaskini’ bermula dari casis, ke suspensi, brek, dan bermacam-macam lagi. Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menetapkan harganya pada RM67,900…
Blogger Indonesia, Stephen Langitan, sedang dalam satu tunggangan solo dari Jakarta ke London Dia melakukan perjalanan tersebut dengan mengemudi sebuah motosikal kembara ringan, Kawasaki Versys-X 250. Dia telah mengunjungi Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk satu sesi suai kenal.
Ben Felten, dari Australia, telah menunggang motosikal Kawasaki Ninja ZX-10Rnya dan memecahkan rekod dunia menunggang dengan memakai penutup mata. Penunggang berusia 50 tahun itu telah kehilangan daya penglihatannya pada usia 37 tahun, namun, ianya tidak memudarkan semangatnya. Cubaan memecah rekodnya itu telah dilakukan di acara “World Speed Trials Australia 2018”, di mana dia telah menunggang…
Ada sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan bahawa motosikal Kawasaki H2 SX 2018 mungkin akan tiba di Malaysia pada bulan Mei tahun ini. Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) pernah mengumumkan sebelum ini yang ianya akan memperkenalkan motosikal tersebut pada suku kedua tahun 2018. Bagi harganya pula, kami andaikan yang ianya akan berada di sekitar paras RM150,000.