Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) dengan secara rasminya telah mempratontonkan model Kawasaki Z900RS Cafe 2018 di tanah air kita. Acara pratonton ini telah diadakan di The Gasket Alley PJ bersempena dengan acara Distinguished Gentleman’s Ride Kuala Lumpur 2018. KMSB telah menetapkan harga bagi motosikal Kawasaki Z900RS Cafe 2018 pada RM72,372 (harga saranan dengan 10% SST).
Category: Kawasaki
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Kawasaki telah mendapati bahawa tongkat tengah bagi model Ninja H2 SX SE serta Ninja H2 SX longgar, berkemungkinan akibat kimpalan yang kurang sempurna. Dan oleh kerana itu, mereka telah memfailkan panggilan semula keselamatan dengan badan NHTSA di Amerika Syarikat. Kedua-dua buah model ini belum lagi tiba di pasaran Malaysia buat masa ini, dan isu ini…
Kawasaki Motors (Malaysia) telah menambah satu lagi cawangan Kawasaki GT World Ninja Shop. Fasiliti yang terbaru itu diuruskan oleh SC Premium Bikes Sdn. Bhd. dan terletak di Bandar Sunway. Cawangan ini juga dilengkapi dengan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki. (Kawasaki Exclusive Service Centre).
Kawasaki telah mengemaskini model Kawasaki Ninja ZX-10R 2019 bagi menghasilkan lebih banyak kuasa kuda. Pengemaskinian tertumpu pada valvetrain dan mengurangkan jisim bergerak. Pengemaskinian ini menunjukkan kesungguhan Kawasaki dalam mengekalkan dominasi mereka di siri perlumbaan World Superbike.
NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) tanpa sengaja telah memuatnaik satu senarai motosikal Kawasaki bagi tahun 2019 di laman sesawang mereka. Di antara motosikal yang muncul dalam senarai ini adalah Ninja ZX-6R yang baharu. Kami jangkakan yang motosikal untuk tahun 2019 tersebut tampil dengan pelbagai pengemaskinian bagi mengatasi pesaingnya, Yamaha YZF-R6.
Diperkenalkan pada tahun 2015, motosikal Kawasaki Ninja H2 adalah motosikal pengeluaran terpantas dunia. Pengeluar-pengeluar yang lain telah mula memberikan cabaran terhadap rekod yang dipegang H2 ini. Model Kawasaki Ninja H2 2019 bakal tampil dengan enjin yang lebih berkuasa, di samping pelbagai kemaskini yang lain.