Syarikat pembuat model skala replika, Tamiya, memperkenalkan model 1/12 untuk Kawasaki Ninja H2R. Peminat dan pengumpul model skala motosikal ini pastinya tertunggu-tunggu untk mendapatkan model ini. Setakat ini hanya ada di USA dan tidaklah kami dapat lagi maklumat mengenai harganya.
Category: Kawasaki
Kawasaki Malaysia menawarkan hadiah utama berupa Kawasaki Ninja H2 untuk pembeli Z800 atau ER-6n atau ER-6f sehingga 31 Disember 2016 dalam Peraduan Kawasaki Hari Malaysia 2016. Pada mula mendapat berita ini, kami juga tidak berapa percaya, kemudian, kami telah menghubungi pihak Kawasaki dan sah, peraduan ini adalah benar. Sesiapa yang sedang terfikir untuk mendapat motosikal…
Kawasaki mempamerkan Ninja ZX-6R 636 dengan warna baru untuk 2017 yang sangat berbeza dan menarik. Warna ini dinamakan Pear Blizzard White / Metallic Raw Titanium.
Syarikat Kawasaki telah bermula pada 1896 dengan penubuhan Kawasaki Shipyard oleh Kawasaki Shozo. Oktober 2016 ini merupakan ulangtahun ke-120 mereka. Kawasaki ingin menyambut perayaan ini dengan dua mesin terpantas mereka iaitu H2R dan jet pejuang Hien yang telah digunakan semasa Perang Dunia ke-2.
K-Tech menyediakan dua komponen untuk menaik taraf sistem suspensi untuk Kawasaki Z800. Dua komponen ini adalah K-Tech 25IDS (Independent Damping System) katrij fork depan yang menggantikan katrij asal fork depan dan K-Tech Razor-R iaitu monosok belakang. Ciri K-Tech 25IDS adalah:
Kawasaki Heavy Industries (KHI) Japan, memperkenalkan versi 2017 untuk model Ninja 250. Tiga varian grafik telah dipersembahkan sekali iaitu varian Ninja 250 non-ABS, Ninja 250 ABS Special Edition dalam warna merah dan Ninja 250 ABS Kawasaki Racing Team (KRT) Edition. Dua warna untuk model Ninja 250 diperkenalkan iaitu warna biru dan hitam. Grafik pada model…
Nampaknya jentera dwi fungsi ini, KLX 250, menerima nasib yang sama seperti W800, ZRX1200 dan juga DTrackerX dimana jentera ini bakal dihentikan pengeluarannya. Ini dapat dilihat dengan pengenalan Kawasaki KLX250 Final Edition yang mana diubah grafik dan warnanya sebagai penghormatan terakhir kepada model yang akan dihentikan pengeluarannya.
Kawasaki Japan telah mempersembahkan model ZRX1200 DAEG Final Edition dengan perubahan pada grafik dan warnanya untuk melabuhkan tirai terhadap pengeluaran model ini yang telah berada di pasaran Jepun lebih kurang 7 tahun sejak dari 2009. Mengekalkan rekaan klasik tetapi dilengkapi dengan enjin moden 1,164cc berpenyejukan cecair DOHC dan 4-injap yang mampu menjana 110PS @ 8,000RPM…
Memandangkan Kawasaki W800 akan dihentikan pengeluarannya pada satu masa nanti dalam 2016, Kawasaki membawakan satu grafik baru kepada W800 ini yang lebih retro dengan tona warna yang sesuai dengan era 60-70an. Sekali pandang, W800 kelihatan seperti motosikal lama tetapi sebenarnya dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberikan lebih ketahanan dan kurang penyelengaraan.