Setelah berakhirnya sesi kelayakan dan dua hari perlumbaan Isle of Man TT pada tahun ini, dua orang pelumba telah terkorban. Dan Kneen, berusia 30 tahun, meninggal dunia pada 30 Mei 2018 dan pelumba berusia 26 tahun, Adam Lyon terkorban sewaktu perlumbaan pembukaan Monster Energy Supersport. Perlumbaan-perlumbaan yang lain akan diteruskan pada 6 dan 8 Jun…
Category: Isle of Man TT
Baru-baru ini telah diumumkan bahawa John McGuinness telah menarik diri dari perlumbaan jalan raya Isle of Man TT tahun ini. Mugen telah mengumumkan bahawa penunggang dengan nama jolokan ‘King of the Mountain’ itu telah mengalami kecederaan retak kaki kanannya semula setelah menjalani proses pemulihan selama 14 bulan. Jentera perlumbaan elektrik mereka, Mugen Shinden Nana akan…
Pasukan Padgett Honda kini dalam usaha mencari pelumba bagi mengemudi jentera Honda RC213V-S mereka untuk Isle of Man TT tahun ini. Penunggang semasa mereka, Bruce Anstey, terpaksa menarik diri dari ke semua perlumbaan jalan raya pada tahun ini akibat kanser. Pasukan itu telah menyatakan bahawa jentera Honda RC213V-S akan tetap membuat kemunculan pada perlumbaan TT…
Juara Isle of Man TT sebanyak 13 kali, Bruce Anstey, telah disahkan menghidap kanser. Penunggang berusia 48 tahun dari New Zealand itu dikatakan mempunyai beberapa buah ketumbuhan dalam paru-paru dan tulang belakangnya. Anstey sudah pasti akan mengundurkan diri daripada ke semua perlumbaan jalan raya pada tahun ini bagi mendapatkan rawatan untuk diagnosisnya itu.
Motosikal elektrik Mugen Shinden Nana telah dilancarkan bagi mempertahankan kejuaraan Isle of Man TT Zero pada tahun ini. Jentera perlumbaan elektrik generasi ke-tujuh itu dilengkapi dengan pakej aerodinamik yang telah dipertingkatkan beserta 162hp dan 210Nm tork. Bruce Anstey, John McGuinness, dan Lee Johnston akan mengemudi motosikal Mugen Shinden Nana tersebut pada penghujung bulan Mei nanti.
Juara Isle of Man TT sebanyak 15 kali, Michael Dunlop, telah mengesahkan perpisahannya dengan Suzuki bagi perlumbaan jalan raya tahun ini. Penunggang yang mempunyai nama gelaran “The Ballymoney Ace” itu telah mengeluarkan satu kenyataan di halaman Facebooknya malam semalam, menerangkan situasinya. Dia akan mengemudi jentera pasukan MD Racing miliknya sendiri bagi perlumbaan kategori Superstock dan…
Jentera raksasa dua lejang, Suter MMX500 akan kembali ke pertandingan Isle of Man TT 2018. Dijana oleh enjin dua V4 lejang 580cc, motosikal MMX500 ini menghasilkan 195hp dengan berat hanya 125kg. Ian Lougher sekali lagi akan mengemudi satu-satunya motosikal dua lejang dalam kategori Senior TT, bersaing dengan jentera empat lejang yang lain.
Michael Dunlop telah mengesahkan penyertaannya dalam perlumbaan Isle of Man TT 2018 serta perlumbaan Supersport yang lain di atas jentera Honda CBR600RR. Berita ini telah disahkan oleh PTR Honda melalui laman Twitter mereka. Michael Dunlop dan PTR Honda telah memenangi perlumbaan Isle of Man TT dalam kategori Supersport pada tahun 2013 yang lalu.
Norton Motorcycles akhirnya telah mengesahkan penunggang kedua mereka bagi kempen Isle of Man TT 2018, John McGuinness. Bagi menghangatkan lagi suasana, gambar-gambar McGuinness bersama dengan motosikal Norton V4 RR SG7 telah pun tersebar di atas talian internet. Pemenang TT sebanyak 23 kali itu akan meneruskan kerjaya perlumbaan jalan rayanya pada tahun ini bersama dengan penunggang…