Isle of Man TT: Michael Dunlop Berpisah Dengan Suzuki

Sumber imej: MCN

  • Juara Isle of Man TT sebanyak 15 kali, Michael Dunlop, telah mengesahkan perpisahannya dengan Suzuki bagi perlumbaan jalan raya tahun ini.
  • Penunggang yang mempunyai nama gelaran “The Ballymoney Ace” itu telah mengeluarkan satu kenyataan di halaman Facebooknya malam semalam, menerangkan situasinya.
  • Dia akan mengemudi jentera pasukan MD Racing miliknya sendiri bagi perlumbaan kategori Superstock dan Supersport.

Juara perlumbaan jalan raya Isle ofMan TT sebanyak 15 kali, Michael Dunlop telah mengesahkan bahawa dia tidak akan berlumba dengan pasukan Suzuki pada tahun ini bagi perlumbaan Isle of Man TT serta perlumbaan jalan raya yang lain. Ianya telah disahkan oleh Michael sendiri setelah berbulan-bulan berhadapan dengan pelbagai khabar angin dan spekulasi.

Sumber imej: MCN

Ramai daripada kita beranggapan yang Dunlop akan terus bersama pasukan Suzuki pada tahun 2018, namun, segalanya telah disahkan apabila penunggang berusia 28 tahun dari Ireland Utara itu menyatakan bahawa dia akan berlumba dalam kategori Superstock dan Supersport beserta dengan perlumbaan jalan raya yang lain menggunakan jentera perlumbaan milik MD Racing.

Sumber imej: MD Racing

Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh laman Facebook Ballymoney Ace, dia mengatakan bahawa, “Saya ingin menjelaskan kedudukan semasa saya berkaitan dengan musim perlumbaan jalan raya yang bakal tiba. Saya akan bertanding dalam kelas Superstock dan Supersport pada perlumbaan Isle of Man TT dan juga acara perlumbaan yang lain, mengemudi jentera MD Racing saya sendiri.”

“Saya tidak memperbaharui kontrak saya bersama Hawk Racing, bagaimanapun, saya kini sedang mempertimbangkan pilihan yang ada bagi kategori Superbike dan akan mengesahkannya pelan saya apabila ianya telah ditentukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Stuart dan Steve atas sokongan mereka sejak sekian lama di mana kami telah banyak berkongsi kejayaan bersama,” tambah Dunlop lagi.

Sumber imej: MCN

Acara perlumbaan Isle of Man TT 2018 akan bermula dari 26 Mei hingga 8 Jun 2018.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.