Jualan motosikal telah meningkat sebanyak 7.2% di Eropah, di mana 49% daripadanya adalah bagi motosikal elektrik. Kebanyakan pengeluar telah mula memperagakan keluaran serta tawaran mereka di pertunjukan motosikal Intermot 2018. Pengeluar motosikal elektrik terkemuka, Energica, telah melancarkan sebuah model motosikal lumba elektrik yang baharu.
Category: Intermot
Omar Jumiran, pembina motosikal buatan khas dari Eastern Bobber, telah memenangi tempat kedua di kejohanan “AMD World Championship of Custom Bike Building”. Motosikal buatan khas ciptaan Omar, Bone-X, berjaya mengalahkan pelbagai motosikal buatan khas yang lain. Perjalanan dan penyertaan Oma di AMD Intermot telah ditaja oleh Motonation.
Moto Guzzi V9 Bobber Sport telah diperkenalkan di acara Intermot 2018. Ianya merupakan versi V9 Bobber yang lebih sporty. Model ini didatangkan dengan penyerap hentakan Öhlins dan pengemaskinian gaya.
Omar Jumiran, pembina dari Eastern Bobber kini sedang bertanding di “AMD World Championship of Custom Bike Building 2018”. Kejohanan ini sedang berlangsung di pertunjukan motosikal Intermot di Cologne, Jerman. Omar bersama dengan ciptaannya, “Bone-X” telah memasuki Top 10 sewaktu artikel ini disiarkan.
Triumph telah mengemaskini model Triumph Street Scrambler 2019. Kemaskininya merangkumi bahagian casis ke enjinnya, hinggalah bahagian kosmetiknya. Kemaskini ini akan menjadikan motosikal ini jauh lebih menyeronokkan.
Moto Guzzi secara rasminya telah melancarkan model V85 TT di pertunjukan motosikal Intermot. Motosikal ini menggunakan enjin 850cc yang baharu. Moto Guzzi juga turut memperkenalkan motosikal ini dalam kemasan warna yang baharu.
Motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2019 telah diperkenalkan di pertunjukan motosikal Intermot. Ia tampil dengan pelbagai kemaskini bagi memperbaharuinya dari model tahun 2016. Bahagian hadapannya juga telah direka semula dan kini dilengkapi dengan skrin TFT.
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Suzuki telah mendedahkan motosikal konsep Katana yang baharu sewaktu acara pertunjukan motosikal EICMA 2017. Kini, pengeluar tersebut telah memuatnaik satu video usikan. Motosikal Suzuki Katana baharu dijadual akan diperkenalkan sewaktu Intermot pada 2 Oktober.