Pusingan MotoGP di Motegi yang baru sahaja selesai menyaksikan peragaan motosikal Honda CBR250RR HRC 2019. Dilengkapi dengan skema warna tiga warna perlumbaan Honda, kemasan warna tersebut diinspirasikan oleh motosikal berkapasiti lebih besar, Honda CBR1000RR Fireblade. Skema warna ini masih dalam pertimbangan untuk pasaran Jepun, dan sekiranya ianya berjalan lancar, ianya akan boleh didapati menjelang bulan…
Category: CBR250RR
HRC, satu bahagian dalam Honda yang menguruskan perlumbaan, kini mempersiapkan jentera CBR250RR yang akan ditonjolkan pada 18-21 Mac 2017 ini di Osaka Motorcycle Show. Jentera ini menerima beberapa modifikasi dari pihak HRC yang meningkatkan prestasinya.
Honda Indonesia, AHM, melancarkan CBR250RR dengan grafik Repsol berasaskan jentera perlumbaan Honda di MotoGP. Honda CBR250RR merupakan jentera 250c yang fokus kepada prestasi dan pengendalian yang mantap. Honda CBR250RR telah dilancarkan sebelum ini pada pertengahan tahun 2016 di Indonesia untuk varian standard.
TRICK STAR R&D dari Jepun memperlihatkan jentera Honda CBR250RR yang telah mereka ubahsuai untuk mencapai sasaran kelajuan 200km/h. Pada kali pertama melihat jentera ini, ia nampak seperti Ninja 250 dari rupa reraupnya, tetapi bila bahagian enjinnya didedahkan, enjinnya adalah dari Honda.
Satu sesi ujian jentera Honda CBR250RR telah dijalankan oleh sahabat kita di Indonesia iaitu Taufik dari TMCBlog untuk menguji pelbagai aspek jentera ini. Salah satu aspek yang diuji adalah kelajuan maksima (top speed) CBR250RR ini kerana dikatakan jentera ini adalah menumpukan kepada prestasi bukan kepada pengurangan kos seperti mana pengeluar lain. TMCBlog melaporkan bahawa…
Motosikal 250cc dengan 2-silinder yang ditunggu-tunggu dari Honda, CBR250RR, kini hadir ke Indonesia sebagai kemunculan pertama dunia (world premiere). Melihat kepada ciri-ciri yang dilengkapkan kepada CBR250RR, nampaknya Honda seperti ingin membuktikan bahawa mereka boleh berlebih-lebih dalam menghasilkan satu jentera yang menarik dan berkuasa.
PT Astra Honda, Indonesia kini mempersembahkan iklan pendek model 250cc iaitu Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan hadir dengan enjin 250cc 2-silinder yang fokus kepada prestasi. Menurut jangkaan kami berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kami di blog-blog di seberang, Honda CBR250RR dijangkakan akan dilancarkan pada Ogos ini, kurang sebulan dari sekarang. Iklan pendek ini seperti mengesahkan perkhabaran…
Sekeping gambar yang dikatakan mungkin model terbaru Honda iaitu CBR250RR tertiris ke media-media sosial. Honda CBR250RR ini dikhabarkan akan menemui pengguna di Indonesia pada Ogos 2016 ini mengikut beberapa blog dari seberang. Honda CBR250RR adalah model yang dibuat untuk menjadi pesaing kepada Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25 yang mana prestasi menjadi taruhan kali ini….
Majalah motosikal popular di Jepun, Young Machine, memperlihatkan gambaran jentera Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan dikuasakan oleh enjin 2-silinder. Sebelum ini, model konsep CBR250RR telah ditunjukkan di Tokyo Motor Show 2015 dan konsep tersebut sememangnya menarik minat orang ramai. Lebih menarik, model CBR250RR ini dikelaskan sebagai model lebih premium daripada CBR250R sekarang dimana CBR250RR lebih…