Teaser 2017 Honda CBR250RR kini hadir – dijangka akan dilancarkan Ogos di Indonesia

teaser-Honda-CBR250RR-002

PT Astra Honda, Indonesia kini mempersembahkan iklan pendek model 250cc iaitu Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan hadir dengan enjin 250cc 2-silinder yang fokus kepada prestasi. Menurut jangkaan kami berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan kami di blog-blog di seberang, Honda CBR250RR dijangkakan akan dilancarkan pada Ogos ini, kurang sebulan dari sekarang. Iklan pendek ini seperti mengesahkan perkhabaran tersebut.  teaser-Honda-CBR250RR-005

Akronim ‘RR’ biasanya dikhaskan kepada model yang fokus kepada prestasi yang mirip kepada perlumbaan, kerana singkatan ‘RR’ merujuk kepada ‘Race Replica’ atau ‘Race Ready’.

teaser-Honda-CBR250RR-004

Sistem brek cakera dengan kaliper 2-piston dilengkapkan kepada CBR250RR ini dengan corak gelombang pada cakera breknya. Lihat betul-betul dan anda akan dapati bahawa ini adalah model yang serius dengan penggunaan suspensi depan terbalik. Cukup mengujakan kerana sudah lama Honda tidak menghasilkan model 250cc yang fokus kepada prestasi dan pengendalian yang mantap.

teaser-Honda-CBR250RR-008

Bar hendal nampaknya lebih dikepak ke dalam, untuk memberikan profil langsing pada keseluruhan rekaan mesin ini.

teaser-Honda-CBR250RR-003

Keseluruhan profil CBR250RR ini nampak seperti masih mengekalkan rekaan seperti mana konsepnya yang telah diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2015.

teaser-Honda-CBR250RR-009

teaser-Honda-CBR250RR-001

Jangka yang tidak dijangkakan. Peminat 250cc seluruh Asean kini menunggu penuh dengan pelbagai jangkaan dan diharapkan Honda dapat mengatasi jangkaan seperti ‘tagline’ diatas.

 


Adakah model ini akan memasuki pasaran Malaysia? Jika RS150R boleh masuk, kenapa tidak CBR250RR juga kan?

16 Replies to “Teaser 2017 Honda CBR250RR kini hadir – dijangka akan dilancarkan Ogos di Indonesia”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.