Gambaran Honda CBR250RR (2016) dari Young Machine

image

Majalah motosikal popular di Jepun, Young Machine, memperlihatkan gambaran jentera Honda CBR250RR yang dikhabarkan akan dikuasakan oleh enjin 2-silinder.
Sebelum ini, model konsep CBR250RR telah ditunjukkan di Tokyo Motor Show 2015 dan konsep tersebut sememangnya menarik minat orang ramai.
Lebih menarik, model CBR250RR ini dikelaskan sebagai model lebih premium daripada CBR250R sekarang dimana CBR250RR lebih menfokuskan kepada prestasi dan tunggangan mirip perlumbaan.
Rekaan CBR250RR secara keseluruhannya lebih tajam dan lampu depannya berkembar yang sepet memberikan aura ‘sport’ yang sebenar.
Setakat ini, kami dikhabarkan Honda CBR250RR (2016) ini sedang dalam produksi untuk dilancarkan pada Ogos 2016 ini di Indonesia.

Sumber: Young Machine FB

111 Replies to “Gambaran Honda CBR250RR (2016) dari Young Machine”

  1. Kita Dah Lama jadi Penganjur utk F1,Moto Gp,Sbk cup siri.itu tak termasuk siri2 Perlumbaan Peringkat asia lagi.tapi Dlm Pemasaran automotif kita tetap Terbelakang dlm Banyak aspek.yg Sentiasa di Hadapan adalah duty import kita tetap tinggi dan MenDuduki di Rangking no 1 di kalangan negara2 asia Tenggara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.