Sebuah jentera Foggy-Petronas FP1 telah dilelong pada harga RM167,149 (£31,275) dalam sebuah pertunjukan retro di England. Panel badannya telah dibaik pulih sepenuhnya dan motosikal ini boleh digunakan. Motosikal ini adalah model homologasi untuk kejohanan World Superbike.
Category: Foggy-Petronas FP1
Motosikal Foggy-Petronas FP1 merupakan motosikal superbike buatan Malaysia. Dibina untuk perlumbaan WSBK bermula tahun 2003, homologasi jentera ini menyebabkan terhasilnya 150 buah unit. Petronas dan Momoto terlibat dalam kes guaman dan membantutkan pengimportan.