Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.
Category: EICMA
Model Ducati Panigale V4 RS19 2019 telah diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019. Sebelum ini ia telah membuat kemunculan sewaktu pusingan WorldSBK di England. Model Panigale V4 RS19 adalah jentera khusus untuk perlumbaan dan tidak disediakan untuk orang awam.
Model BMW F 850 GS Adventure telah pun dilancarkan di EICMA 2018. Ianya memiliki spesifikasi yang sama seperti model standard, tetapi dengan tangki bahanapi 23 liter. Motosikal F 850 GSA ini lebih ke arah penunggangan off-road.
Kami telah melaporkan desas-desus mengenai Aprilia sedang membangunkan sebuah motosikal kelas pertengahan dua silinder. Model Aprilia RS 660 Concept telah diperkenalkan di acara EICMA 2018. Enjinnya adalah sebuah enjin ‘parallel-Twin’ yang berasaskan model RSV4 1100/Tuono 1100 V4.
Motosikal KTM 790 Adventure 2019 dan KTM 790 Adventure R 2019 telah dilancarkan. Model asasnya itu lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya manakala varian R adalah untuk penunggangan ‘off-road’. Model-model ini telah diperkenalkan di pertunjukan EICMA 2018.
Motosikal superbike BMW S 1000 RR 2019 telah dilihat sedang menjalani ujian jalan raya. BMW Motorrad telah mengeluarkan satu video teaser beberapa hari selepas motosikal itu dilihat sedang diuji. Motosikal baharu itu akan diperkenalkan di acara pertunjukan motosikal EICMA pada bulan November nanti.
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Suzuki Italia telah mempratontonkan jentera GSX-R1000 mengagumkan yang diliputi dengan karbon fiber. Motosikal ini dengan rasminya bergelar Suzuki GSX-R1000 Ryuyo, dan hanya akan dibina sebanyak 20 unit. Maklumat lanjut akan diketahui sewaktu pelancaran rasminya ketika pertunjukan motosikal EICMA 2018.
Ducati telah mendedahkan rangkaian harga bagi motosikal Panigale V4 2018 mereka untuk pasaran Eropah yang bermula dai €22,590 (RM110,182). Harga itu meningkat kepada €27,890 (sekitar RM136,055) bagi model S manakala bagi edisi terhad Speciale pula diletakkan pada harga €39,900 (RM194,608). Ramalan harga untuk pasaran Malaysia adalah di antara RM180,00 hingga RM250,00 untuk ketiga-tiga model…