Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019 yang akan tiba tidak lama dari sekarang, Ducati Petaling Jaya yang terletak di dalam Naza Automall Petaling Jaya akan menawarkan beberapa promosi menarik bagi semua peminat Ducati di Malaysia.
Category: Ducati Malaysia
Ducati Malaysia telah menganjurkan Tunggangan Media Ducati Multistrada 950 baru-baru ini. Tujuan konvoi ini adalah untuk menyerlahkan kebolehan jentera Ducati Multistrada 950. Di samping itu, tunggangan ini mempersembahkan sekilas pandang gaya hidup yang berkait rapat dengan motosikal ini buat warga media.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis jentera ‘dual-sport’ atau ‘adventure’ yang sedang ditawarkan oleh beberapa jenama terkemuka dari seluruh dunia. Dari segi kategori ‘entry-level’, banyak pilihan di dalam pasaran dan antara motosikal yang paling diingini ramai adalah Ducati Multistrada 950.
Ducati Malaysia telah mempersembahkan kepada para peminat Ducati pengalaman MotoGP 2018 muktamad sewaktu pusingan GP Malaysia yang berlangsung baru-baru ini di Sepang pada hujung minggu lalu. Satu sesi bertemu peminat yang istimewa bersama dengan para penunggang Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso, telah dianjurkan di tapak Ducati. Lebih daripada 100 orang pemilik Ducati telah menyertai…