Modenas telah menganjurkan satu konvoi “Explore the Unexplored” Dominar bagi membolehkan para penunggang Dominar D400 merasai sendiri kehebatan elemen sport-tourer jentera tersebut. Tunggangan pertama ini adalah dari Kuala Lumpur menuju Ipoh. Konvoi ini telah berhenti di beberapa buah tempat tarikan ramai bagi membolehkan para penunggang untuk menangkap gambar bagi projek #motography.
Category: convoi
Bergelar Moto Guzzi Vengeance Challenge Ride, Moto Guzzi Malaysia telah menganjurkan satu konvoi ke Pulau Pinang. Bulan Ramadan ini tidak menghalang para penunggang Moto Guzzi untuk menyertai tunggangan ini. Ianya satu konvoi yang menyeronokkan di mana para penunggang dapat menikmati kehebatan jentera mereka dalam pelbagai situasi yang berbeza.
Begitu ramai kelab motosikal telah menjadikan Melaka sebagai destinasi penunggangan mereka, dan kali ini, tiba giliran Moto Guzzi Malaysia. Konvoi berkenaan telah mengikuti laluan dengan pemandangan yang indah dari Port Dickson ke Melaka. Pelbagai koleksi model motosikal Moto Guzzi telah muncul untuk turut sama menyertai konvoi ini.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Ladies of Harley Malaysia merupakan sekumpulan penunggang Harley-Davidson wanita. Mereka telah bersatu atas dasar sukakan menunggang motosikal. Mereka telah melakukan tunggangan pertama mereka dari Harley-Davidson Petaling Jaya menuju ke Melaka.
Harley-Davidson Petaling Jaya telah melancarkan HOG Petaling Jaya Chapter yang baru. Bersempena dengan pelancaran tersebut, mereka telah menganjurkan “HOG Petaling Jaya’s Inaugural Ride”. Tunggangan tersebut bermula di kedai pengedar rasmi yang baru itu di The Gasket Alley menuju ke Tanjung Malim dan kembali semula ke cawangan tersebut.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah KMOG Borneo Ride 2017 memulakan Hari Ketiga. Kami menunggang dari Kundasang, melalui Ranau, ke Sepilok sebelum berhenti di Sandakan. Tempat-tempat menarik yang telah dilawati adalah seperti ladang Sabah Tea dan Pusat Pemulihan Orangutan.
Artikel Oleh: Wahid Ooi Abdullah Hari Kedua KMOG Borneo Ride 2017 membawa kami ke “Tip of Borneo” dan Kundasang. Kumpulan terakhir motosikal peserta tiba tepat pada masanya untuk perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Konvoi ini akan membuat hentian pertamanya di Kawasan Perlindungan Orangutan di Sepilok, dalam perjalanan ke sandakan.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Kota Kinabalu, Sabah, 1 November 2017 – KMOG (KTM Malaysia Owners Group) Borneo Ride 2017 bermula semalam. Tunggangan ini akan bermula Kota Kinabalu, Sabah, menuju ke Kuching, Sarawak dalam masa sepuluh hari. KMOG Borneo Ride 2017 ini akan menguji kebolehan dan reliabiliti motosikal adventure KTM.
Moto Guzzi telah menganjurkan Moto Guzzi Sunday Ride pada hujung minggu yang lalu. Tunggangan Moto Guzzi yang pertama dianjurkan secara rasmi oleh Moto Guzzi Malaysia. Tunggangan ini menuju ke Gohtong Raya dan Bentong.