Motosikal konsep BMW R1250 Global Sport Concept ini telah direka oleh Oberdan Bezzi. Direka sebagai sebuah jentera kembara yang lebih sporty, motosikal BMW R1250 ini mempunyai gaya yang lebih agresif dan lebih rendah. Dijana oleh enjin boxer sejukan udara 1,250cc, meredahi mana-mana muka bumi akan menjadi lebih mudah dan pantas.
Category: BMW Motorrad
Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka wakil pengedar BMW Motorrad pertama di Negeri Sembilan. Terletak di Seremban, ianya wakil pengedar BMW Motorrad ke-11 di Malaysia. Penggemar dari kawasan berhampiran kini boleh melihat sendiri motosikal terkini BMW tanpa perlu pergi jauh.
Terdapat sebuah pasaran bagi motosikal replika China yang sedang pesat membangun di negara-negara seperti Pakistan. Sigma Motorsports telah merebut peluang keemasan ini menyediakan pelbagai jenis motosikal replika. Motosikal-motosikal seperti Ducati 848, BMW S 1000 RR, KTM Duke, Honda CBR250R dan bermacam-macam lagi dijual di Pakistan dalam versi berkapasiti kecil.
Kebanyakan jenama Eropah menyaksikan peningkatan positif bagi tahun 2017. Peraih terbesar adalah BMW, KTM, Piaggio, dan Triumph (mengikut turutan huruf). Adakah ini kemunculan semula motosikal Eropah menandingi kekuasaan pengeluar dari Jepun?
Motosikal BMW S 675 R Concept ini telah dilakar oleh pereka industrial Nicolas Petit. Terdapat hanya segelintir sahaja pengeluar yang masih menghasilkan motosikal 600cc. BMW belum mengumumkan sama ada mereka akan menjinakkan diri dalam segmen supersport 600cc.
Satu gambar intipan yang menunjukkan sebuah motosikal yang mungkin sekali adalah motosikal dwi-sukan BMW F 850 GS 2019 yang sedang diuji. Walaupun model 2018 motosikal tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan November yang lalu, model yang baru ini dilihat ada beberapa perbezaannya. Model yang dikemaskini itu dijangka bakal diperkenalkan menjelang hujung tahun ini.
Ianya merupakan satu lagi tahun yang hebat buat jualan seluruh dunia BMW Motorrad pada tahun 2017. Peningkatan ini boleh dianggap disebabkan oleh pengenalan model-model yang baru. Rangkaian yang baru termasuklah motosikal-motosikal untuk hampir setiap segmen, termasuklah motosikal berkapasiti lebih kecil.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Bmw G 310 GS adalah motosikal adventure-tourer dalam rangkaian motosikal G. Ianya lebih cenderung ‘off-road’ berbanding dengan model G 310 R. Sesuai untuk penunggang berpengalaman, baru, mahu pun yang baru bermula kembali.
Sewaktu pertunjukan Motorcycle Live 2017 baru-baru ini di United Kingdom, BMW Motorrad telah memperagakan motosikal BMW R 1200 GS terbaru mereka dengan melakukan lompatan di tengah-tengah dewan berkenaan. Dengan berat sebanyak 274kg diisi penuh bahanapi, penunggang ‘off-road’ yang mengemudi motosikal itu membuatkannya tampak mudah dalam ruangan yang kecil itu, di mana menunggang motosikal biasa…