Tentera Darat Malaysia Terima 180 Unit Kawasaki KLX 250

Tentera Darat (TD) telah menerima 180 buah motosikal jenis Kawasaki KLX 250 bagi kegunaan operasi. Penyerahan tersebut dilangsungkan semasa Majlis Penyerahan Motosikal Scrambler 250cc OP BENTENG yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), semalam. PTD menerima replika kunci motosikal sebagai simbolik…

Proton Bakal Perkenalkan Empat Model Special Edition 18 Februari Ini!

Sempena meraikan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama nasional, PROTON bakal memperkenalkan Iriz, Saga, Persona dan Exora Special Edition (SE) pada 18 Februari ini. Menurut PROTON, kesemua model terlibat akan dipertingkat dengan elemen unik di bahagian luar dan dalam. Orang ramai juga berpeluang membuat tempahan model SE ini pada tarikh pelancaran. Sebelum ini, PROTON telah pun…

Ducati Multistrada V4 Hampiri Pelancaran Di Malaysia?

Ducati telah memperkenalkan Multistrada V4 secara rasmi menerusi Ducati World Premier 2021 yang disiarkan secara atas talian pada November, tahun lalu. Bagaimanapun, setakat ini motosikal segmen ‘adventure’ dari Itali itu masih belum dirasmikan di Malaysia. Namun, kami difahamkan bahawa model serba baharu itu akan diperkenalkan pada awal suku kedua tahun ini oleh pihak Next Bike…

Dua Budak Sekolah Antara Lapan Ditahan Beraksi Superman Di AKLEH

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan lapan lelaki dalam Ops Samseng Jalanan yang dilaksanakan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, mendedahkan lapan lelaki berusia 14 hingga 23 tahun termasuk dua yang masih bersekolah telah ditahan dalam dua…

Helmet Modular Futuristik, SHARK EvoJet Kini Di Malaysia – RM1,600!

SHARK Helmet Malaysia kini menawarkan model terbaru bagi tahun 2021, dikenali sebagai EvoJet. SHARK EvoJet merupakan helmet jenis modular yang menawarkan ciri praktikal untuk tunggangan bandar serta jarak jauh hasil daripada rekaan inovatif. Menariknya, SHARK EvoJet menggabungkan ciri helmet jenis jet dan modular sesuai untuk apa sahaja jenis motosikal. Konsep rekaan futuristik ini menyaksikan EvoJet…

Sanggup Jual Honda EK9 VTEC Turbo Demi Bantu Pusat Tahfiz

Pengusaha pasar raya, Abdul Rahman Mat Isa telah menderma sebanyak RM78,000 kepada sebuah pusat tahfiz di Lanchang hasil jualan kereta kesayangan, Honda EK9 VTEC Turbo. Menerusi pendedahan di laman sosial, Abdul Rahman telah mengeluar belanja tinggi untuk lakukan pengubahsuaian kereta tersebut namun tetap berhasrat untuk menjualnya pada harga RM75,0000 dan menyalurkan keseluruhan penjualan kereta itu…

BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Kini Di Malaysia – RM85,500!

BMW Motorrad Malaysia telah pun melancarkan BMW F 850 GS edisi ulang tahun ke-40 GS untuk pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga RM85,500 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Model ini mendapat sentuhan pilihan warna unik sempena meraikan ulang tahun ke-40 model GS dengan gabungan warna hitam dan kemasan kuning keemasan yang terpampang di bahagian…

Volvo Car Malaysia Tawar Waranti Lima Tahun Dengan Perbatuan Tanpa Had!

Volvo Car Malaysia (VCM) kini menawarkan waranti pengilang 5 tahun dengan perbatuan tanpa had bagi semua model Volvo yang didaftarkan bermula 1 Januari 2021. Waranti lima tahun itu merupakan lanjutan dari waranti tiga tahun dengan 100,000 kilometer perbatuan yang ditawarkan sebelum ini. Kini, pelanggan Volvo di Malaysia boleh menikmati perlindungan lebih baik tanpa sebarang caj….

Pemilik Kereta ‘Tayar Kangkang’ Berdepan Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius trend ‘hellaflush’ (tayar kangkang) di Malaysia yang menyaksikan pemilik merendahkan kereta dan menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan. Dalam satu perkongsian di Facebook, PDRM memberi amaran bahawa pemilik kereta yang melakukan pengubahsuaian tersebut boleh dikenakan tindakan. Menurut perkongsian itu, pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan brek tidak berfungsi dengan cekap…