Pemilik Kereta ‘Tayar Kangkang’ Berdepan Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius trend ‘hellaflush’ (tayar kangkang) di Malaysia yang menyaksikan pemilik merendahkan kereta dan menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan.

Dalam satu perkongsian di Facebook, PDRM memberi amaran bahawa pemilik kereta yang melakukan pengubahsuaian tersebut boleh dikenakan tindakan.

Menurut perkongsian itu, pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan brek tidak berfungsi dengan cekap lantas menjejaskan pemanduan sehingga boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Pemilik kereta ‘hellaflush’ boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jika disabit kesalahan, pemilik kereta akan dikenakan denda RM2,000 atau penjara tida lebih enam bulan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply