Sempena meraikan Ramadan yang telah pun tiba, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), menawarkan penjimatan menarik bagi Ford Ranger Raptor dan WildTrak bermula hari ini hingga 30 April 2021. Orang ramai boleh menikmati penjimatan RM8,000 bagi model Ranger Raptor dan RM7,000 bagi WildTrak. ““Sebagai model terunggul untuk kelasnya, Ranger Raptor dan WildTrak merupakan lambang trak pikap…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Jenama motosikal tempatan, Ottimo Technologies Sdn Bhd (Ottimo), dicanang bakal bangunkan motosikal jenis ‘supermoped’ yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan. Info tersebut didedahkan menerusi saluran YouTube Geng Tayar Besar (GTB) yang baru-baru ini melawat studio reka bentuk Ottimo di Sungai Petani, Kedah. Sewaktu lawatan, terdapat beberapa konsep yang turut dikongsikan dengan rata-rata merujuk kepada sebuah…
Lagenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh mengumumkan keputusan untuk kembali aktif dalam arena perlumbaan rali. Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan di Lembah Klang, baru-baru ini. Karamjit bakal kembali beraksi bersama pasukan tajaan syarikat swasta, Cisco. Pengarah Urusan Cisco, Rabin Nijhar mendedahkan dia membuat keputusan untuk menghubungi Karamjit selepas membaca artikel mengenai…
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkn bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun 70 peratus bayaran kompaun. Diskaun tersebut ditawarkan bermula 13 April hingga 13 Jun 2021 kepada 3.5 juta kompaun yang telah pun dikeluarkan setakat ini. Menurut Wee Ka Siong, diskaun tersebut akan memberi peluang kepada pengguna jalan raya yang…
Benelli Malaysia telah melancarkan supermoped baharu menerusi R18i untuk pasaran tempatan menerusi siaran strim langsung, hari ini. Dikuasakan enjin 174c, R18i menawarkan 18hp pada 9,500rpm dan 15.1Nm pada 7,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan. Menurut Benelli, R18i juga dilengkapi ‘throttle body’ 34mm yang berupaya menghasilkan tindak balaa lebih efisien. Motosikal ini turut didatangkan dengan fork…
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi fokus perbincangan peminat sukan permotoran negara apabila berlakunya kekecohan membabitkan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu acara ‘Sepang Drag Car Test & Tune 2021’ yang berlangsung semalam. Pihak penganjur, MUSC Motorsports turut dikenakan kompaun RM20,000 oleh pihak polis dengan kejadian tersebut turut tular menerusi rakaman video amatur di laman sosial….
Pasaran tempatan akhirnya disajikan dengan BMW 3 Series dengan ‘wheelbase’ panjang menerusi BMW 330Li M Sport yang ditawarkan pada harga RM300,800. Pelancaran model ini turut menandakan varian 3 Series pemasangan tempatan pertama yang tampil dengan ‘wheelbase’ panjang. Hasilnya, panjang kenderaan kini berada pada 4,819mm, manakala jarak antara roda berada pada 2,961mm diikuti tinggi 1,441mm. Angka…
UMW Toyota berjaya merekodkan jualan 17,000 unit bagi model Toyota dan Lexus pada Suku Pertama (Q1) 2021. Angka itu menyaksikan UMW Toyota merekodkan peningkatan 62 peratus berbanding tempoh sama pada 2020. Toyota Vios muncul sebagai model paling laris diikuti Hilux yang terus menjadi peneraju segmen trak pikap di Malaysia dengan lebih 56 peratus. Sementara itu,…
MODENAS telah mengemas kini varian Pulsar RS200 dengan pilihan warna dan grafik baharu yang tampak lebih segar. Bagi tahun 2021, Pulsar RS200 tampil dengan tiga pilihan warna, Pearl Metallic White, Pewter Gray serta Burnt Red. RS200 merupakan keluarga Pulsar dengan fairing penuh sementara NS200 merupakan model gaya ‘naked’ namun kedua-duanya digerakan dengan enjin satu silinder…