Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), akan beralih ke RFID di semua plaza tol dari Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor bermula 15 Januari depan. Perkara itu disahkan Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan. “Kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Allianz General Insurance Company telah pun menghadiahkan 20 unit Honda Wave Alpha kepada pemenang hadiah bulanan Kempen 111 Motosikal yang sedang berlangsung, ketika ini. Kesemua pemenang bulan Oktober merupakan pelanggan yang telah membeli atau memperbaharui polisi Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif atau Third Party) atau Allianz Motorcycle antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2021. Sejumlah 110…
Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP) yang dibangunkan hasil kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARII) serta Persona Energy Sdn Bhd telah pun disempurnakan menerusi anugerah penghargaan dan penyerahan TTAP yang telah dianjurkan di MITI, pada Isnin. TTAP merupakan program pemindahan teknologi yang unik dalam pembangunan rangkaian bakat muda automotif tempatan menerusi perantisan oleh jurutera…
Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya melancarkan Honda GL1800 Gold Wing baharu bagi pasaran tempatan. Bagi tahun 2021, jentera cruiser itu kini telah dipertingkat dengan ciri lebih praktikal antaranya ruang letak barang (top box) yang lebih luas dari 11L ke 61L, tempat duduk pillion dengan penyandar yang lebih selesa serta sistem audio baharu dan ringan….
Setelah sekian menanti, Honda Civic serba baharu kini dibuka untuk tempahan di Malaysia setelah Honda Malaysia mengesahkan model generasi ke-11 itu akan dilancarkan pada suku pertama (Q1) 2022 nanti. Dengan ukuran 4,678mm panjang, 1,802mm lebar dan 1,145mm tinggi, Civic baharu ini lebar besar dan lebar bagi menjaminkan tahap kawalan dan cengkaman yang lebih baik. Civic…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan laporan bahawa kelas lesen B2 telah dinaikkan kepada 500cc dari 250cc sebelum ini. JPJ dalam satu perkongsian di laman rasmi Facebook menafikan laporan oleh blog ebidmotor.com yang menyatakan kelas lesen B2 telah naik ke 500cc. Menurut JPJ, kelas lesen memandu B2 masih kekal melibatkan motosikal bawah 250cc sahaja dan tiada…
Kurang enam bulan selepas pelancaran global, BMW R 18 Transcontinental dan R 18 B kini dirasmikan di Malaysia menerusi BMW Motorrad Malaysia. BMW R 18 Transcontinental dan R 18 B (Bagger) mengangkat taraf R 18 ke peringkat lebih tinggi sebagai motosikal Great American Tourer. Dibangunkan berdasarkan model R 18 First Edition dan Classic, varian Transcontinental…
Wakil rakyat (PH-Beruas), Ngeh Koo Ham menyifatkan keputusan menawarkan diskaun bayaran balik saman trafik sehingga 80 peratus adalah tindakan yang memalukan. Baginya, tindakan memberi pengurangan saman saban tahun seakan meletakkan undang-undang seperti sebuah ‘ supermarket’. “Ini adalah satu perkara yang memalukan kerana seolah-olah undang-undang negara ini macam ‘ supermarket’,” jelasnya yang menyifatkan tawaran pengurangan saman…
Dua lelaki telah serah diri di Balai Trafik Port Dickson setelah dirakam dalam aksi lagak marshal di jalan awam Port Dickson. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed yang turut memaklumkan kedua-dua lelaki berusia 45 dan 49 tahun itu telah tiba pada Isnin bagi memberi keterangan. “Kedua-dua lelaki termasuk seorang…