Golongan wanita mengandung sememangnya sinonim dengan senario mengidam. Mengidam merupakan keinginan yang timbul sewaktu si ibu sarat mengandungkan anak dan perasaan tersebut akan ada sehingga keinginan tersebut belum dipenuhi. Bagaimanapun, perkongsian oleh personaliti televisyen, Ahmad Fedtri Yahya mencuri perhatian apabila tangkap layar (screenshot) yang dikongsikan menunjukkan permintaan seorang ibu mengandung yang mengidam untuk naik Perodua…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Selepas kejayaan memperkenalkan V-Strom 650 XT, SV650, GSX-R1000, GSX-R1000R, Katana 1000, V-Strom 1050 XT dan Hayabusa sebelum ini, Suzuki Malaysia akan terus mengukuhkan jenama motosikal Jepun itu di Malaysia dengan dua model baharu. Berdasarkan hantaran terbaru di Facebook, Suzuki Malaysia memperkembangkan portfolio dengan model ‘hyper-naked’ Suzuki GSX-S1000 dan skuter maxi, Burgman 400. Suzuki GSX-S1000 Suzuki…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menyambut baik inisiatif kerajaan dengan pelaksanaan ‘Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia’ sebanyak RM1,000 bagi meringkankan beban rakyat yang terkesan dengan banjir kilat yang melanda negara sebelum ini. Bagi menyokong inisiatif tersebut, HLYM turut menawarkan diskaun sehingga 25 peratus bagi kerja pembaikan. Orang ramai boleh menebus baucar RM1,000 tersebut bagi tujuan…
PROTON telah diumumkan selaku salah satu daripada kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China, tahun ini. Menurut PROTON dalam satu kenyataan, pencapaian tersebut berjaya diraih hasil daripada kerjasama dengan Geely Auto Group yang merupakan rakan kongsi prestij rasmi Sukan Asia, kali ini. Difahamkan, kesemua model PROTON terkini termasuk Persona, Iriz, Exora,…
Generasi ketiga Isuzu D-Max bingkas menarik minat pengguna di Malaysia sejak dilancarkan April tahun lalu. Gabungan rekaan moden dan keselesaan terbaik telah mengangkat tahap trak pikap generasi terbaru dari Isuzu itu. Model ‘flagship’ Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L paling menonjol yang turut sekaligus meningkatkan daya tarikan jenama trak pikap Isuzu di Malaysia. Meskipun model D-Max turut…
Sistem Indentifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang sepatutnya memudahkan pengguna jalan raya di Malaysia dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik di plaza tol bertukar menjadi medium yang menyusahkan. Manakan tidak, ribuan pengguna jalan raya yang terpaksa menanggung bahana sangkut dalam kesesakan jalan raya di beberapa plaza tol selepas pelaksanaan lorong RFID. Paling mencuri tumpuan adalah Plaza…
Juara Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori ASB1000, Azlan Shah Kamaruzaman kini sedang mencari bakat muda untuk menyertai pasukannya, AS 25 Racing Team. Perkara itu dimaklumakn menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya. Berdasarkan perkongsian tersebut, Azlan sedang mencari pelumba berusia 14 hingga 16 tahun bagi perlumbaan CubPrix 2022 kategori WIRA. View this post on…
WithU Yamaha RNF MotoGP Team dengan rasminya mengumumkan pengeluar aksesori motosikal , Racing Boy (RCB) sebagai syarikat Malaysia kedua yang menjadi penaja rasmi pasukan MotoGP itu bermula musim 2022. RCB sertai Telcowin, sebuah syarikat perunding teknologi tempatan yang turut disahkan sebagai salah satu daripada penaja pasukan kendalian Datuk Razlan Razali itu musim ini. Bagaimanapun, RCB…
Rezeki semakin melimpah-ruah buat Abang Viva apabila telah menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi atas jasanya membantu mangsa banjir baru-baru ini. Abang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar, 30, telah menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa akesori lain seperti yang dimuat naik di laman Facebook ICITY Motorworld Sdn Bhd. Ketika dihubungi, kami dimaklumkan…