RCB Dan Telcowin Dua Syarikat Malaysia Taja WithU Yamaha RNF MotoGP

WithU Yamaha RNF MotoGP Team dengan rasminya mengumumkan pengeluar aksesori motosikal , Racing Boy (RCB) sebagai syarikat Malaysia kedua yang menjadi penaja rasmi pasukan MotoGP itu bermula musim 2022.

RCB sertai Telcowin, sebuah syarikat perunding teknologi tempatan yang turut disahkan sebagai salah satu daripada penaja pasukan kendalian Datuk Razlan Razali itu musim ini.

Bagaimanapun, RCB telah pun mengikat perjanjian selama tiga tahun bersama WithU Yamaha RNF MotoGP sehingga 2024.

“Kami mengalu-alukan kedatangan RCB bersama WithU Yamaha RNF MotoGP Team. RCB bukan nama asing dalam MotoGP dan menjadi salah satu penaja kami dalam pasukan sebelum ini.

“Saya berbangga dengan peningkatan dipamerkan RCB dengan penyertaan mereka dalam arena perlumbaan baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“Saya teruja dapat bekerjasama dengan RCB dalam menyediakan barangan motosikal terbaik dan berkualiti tinggi buat pasukan,” jelas Razlan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MKA Group, Bruce Lee menyifatkan kerjasama ini memastikan jenama RCB akan terus mengorak langkah menghasilkan produk bertaraf dunia.

“MotoGP adalah kemuncak bagi mana-mana perlumbaan motosikal di dunia.

“Ia adalah platform terbaik untuk kami terus menyesuaikan usaha R&D kami ke arah produk dan perkhidmatan mengikut piawaian dunia,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply