PROTON Antara Kenderaan Rasmi Sukan Asia 2022 Di Hangzhou

PROTON telah diumumkan selaku salah satu daripada kenderaan rasmi Sukan Asia ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China, tahun ini.

Menurut PROTON dalam satu kenyataan, pencapaian tersebut berjaya diraih hasil daripada kerjasama dengan Geely Auto Group yang merupakan rakan kongsi prestij rasmi Sukan Asia, kali ini.

Difahamkan, kesemua model PROTON terkini termasuk Persona, Iriz, Exora, Saga, X50 dan X70 akan diguna pakai di kejohanan Asia itu pada 10 hingga 25 September depan.

Pengumuman tersebut turut disampaikan Timbalakn Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.

“Mencerminkan komitmen PROTON ke arah ‘Inspiring Connections’ dan usaha berterusan kami untuk kecermelangan, kami ingin menawarkan cara baru bagi memeriahkan Sukan Asia ke-19 melalui kempen-kempen kami.

“Acara pelbagai sukan di Asia akan memberikan platform penting kepada PROTON, dan matlamat kami adalah untuk menghubungkan semua lapisan masyarakat untuk sertai kami dan memberikan sokongan kepada olahragawan negara bagi mendorong mereka untuk mencapai kejayaan, dan merangkul identity kita sebagai sebahagian dari Keluarga Asia,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply