Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah menyumbang sebuah trak pikap Mitsubishi Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Sumbangan itu dibuat bagi membolehkan NCSM melakukan kerja-kerja saringan di komuniti pedalaman yang sukar diakses kenderaan biasa. “Mitsubishi Motors menyokong usaha murni NCSM dalam menjalankan misi meningkatkan kesedaran umum terhadap pencegahan, saringan dan pengesanan awal kanser. “Selari dengan…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Seorang wanita berang apabila mengalami sendiri bagaimana pemandu Malaysia tidak mengambil kira lintasan pejalan kaki semasa dia berjalan di jalanan bersama keluarganya di Kuala Lumpur Menerusi Facebook menceritakan pengalamannya, ibu itu berkata mereka memutuskan untuk berjalan kaki dari hotel ke pusat beli-belah Suria KLCC. “Apabila tiba di persimpangan pejalan kaki, kami terkejut apabila tiada satu…
Thailand merupakan satu-satunya destinasi yang boleh diakses rakyat Malaysia melalui jalan darat menerusi beberapa ‘checkpoint’ di bahagian Utara tanah air. Namun, dalam tempoh 20 tahun dari sekarang, rakyat negara ini akan berpeluang melancong ke Indonesia menerusi jalan darat yang akan dibina di Melaka. Perkara itu disampaikan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri…
Royal Enfield telah pun memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga Himalayan menerusi Scram 411 pada bulan Mac lalu. Namun, hanya selang beberapa bulan, motosikal serba baharu daripada Royal Enfield itu akhirnya masuk pasaran Malaysia menerusi pengedar baharu Didi Group. Menurut Didi Group, Royal Enfield Scram 411 itu kini boleh didapati di Malaysia pada harga bermula dari…
Pengeluar alat ganti automotif, EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendaftar dan melesenkan skuter elektrik, Blueshark SG3000DT. Difahamkan, pihak EPMB menerima kelulusan tersebut sebulan selepas kerajaan meluluskan pemasangan skuter elektrik tersebut. Menurut EPMB, Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Jenis Kenderaan dan Homologasi (VTA) telah memberi kelulusan bagi model Blueshark…
Tidak dinafikan, masalah kekurangan bekalan semi-konduktor menjejaskan pengeluaran motosikal dan kereta dunia. Jadi, tidak hairanlah jika penjual motosikal dan kereta memaklumkan kepada pelanggan bahawa tempoh menunggu memakan masa sehingga berbulan. Bagaimanapun, kami diberitahu terdapat sebuah motosikal yang tempoh menunggunya mencecah sehingga dua tahun. Demikian respon yang kami terima apabila menghubungi beberapa cawangan Honda Big Wing…
Tiga lelaki maut selepas lori simen yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di Jalan Merit, Kapit, Sarawak, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, sepasukan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapit digerakkan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan lebih kurang 11.35 pagi. Bagaimanapun, berikutan jalan ke lokasi…
Orang ramai terutamanya pengguna jalan raya diminta untuk memandu dan menunggang lebih berhati-hati ekoran aktiviti hujan lebat diramal akan berlanjutan sehingga bulan Februari tahun depan. Perkara itu disampaikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan rasmi, pada Selasa. “Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam….
Sebanyak 40 motosikal percuma disumbangkan kepada penduduk miskin tegar di kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, dengan turut disaksikan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang), Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam), dan Ahmad Shah Muhamed (Bandar). Ahmad…