Yamaha YZF-R25 Dan MT-25 Dapat Warna Baharu – Kini RM22,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamah YZF-R25 dan MT-25.  HLYM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yamaha R25 tampil dengan warna ‘Orange Lynx’ dan ‘Racing Blue’ manakala MT-25 datang dengan dua warna baharu, ‘Cyan Storm’ dan ‘Icon Blue’.  Selain daripada pilihan warna baharu, Yamaha R25 2022 ini juga dinaik taraf…

Kes Curi Motosikal Kerap Berlaku Di Stesen KTMB Sungai Petani

Ekoran ketiadaan pengawal keselamatan dan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di pintu masuk tempat letak kenderaan, kes kecurian motosikal semakin kerap berlaku di stesen KTMB Sungai Petani dan Gurun, lapor Utusan Malaysia.  Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, pihaknya telah menerima 13 laporan babitkan kes kecurian motosikal di kedua-dua stesen…

MV Agusta Kembali Menerusi AFY Mobility , Dipasang Sepenuhnya Di Malaysia

MV Agusta telah melantik MV Agusta Malaysia Sdn Bhd sebagai pengedar eksklusif jenama motosikal MV Agusta di Malaysia. Menariknya, MV Agusta Malaysia Sdn Bhd akan memasang sepenuhnya model MV Agusta di Malaysia yang akan dilakukan di Glenmarie, Shah Alam.  Ini secara tidak langsung menjadikan MV Agusta sebagai jenama Itali premium yang pertama di pasang di…

Honda EX-5 Dream Pula Cecah Harga Kayangan, Kondisi NOS Dijual RM12,000

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman sosial yang memaparkan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 Dream NOS (new old stock) yang dijual pada harga RM12,000 di Muar, Johor.  Perkembangan terbaru itu pastinya menggemparkan dengan motosikal yang sememangnya terkenal dengan harga mampu milik itu kini sudah mencapai status ‘kayangan’. Lebih menarik, Honda EX-5 Dream itu merupakan…

Ducati Malaysia Tawar Peluang Layan MotoGP Malaysia Dengan Pengalaman Terbaik!

Setelah dua tahun menyepi, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan kembali hangat dengan penganjurang Kejuaraan Dunia MotoGP pada 21 hingga 23 Oktober ini.  Bagi memastikan peminat Ducati menyaksikan perlumbaan penuh prestij itu dengan pengalaman terbaik, Ducati Malaysia menawarkan Pakej Tribuna Ducati. Dengan hanya RM499, peminat Ducati berpeluang menonton perlumbaan MotoGP di tapak Grandstand bersama Ducatisti lain. …

Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang AVETA SVR 180

Baru-baru ini kami dijemput menghadiri sesi menguji motosikal moped terbaru keluaran Aveta Malaysia, Aveta SVR 180. Awalnya kami sendiri agak skeptikal dengan kemampuan SVR 180 tersebut namun setelah diberi kesempatan, ini antara rumusan yang kami boleh kongsikan. Reka bentuk Tak dinafikan, Aveta SVR 180 menawarkan reka bentuk yang menarik dengan bahagian depan yang tampak agresif…

Mitsubishi Xpander Motorsport Karya ‘One-Off’ Mitsubishi Motors Malaysia X Speedline Industries

Tak dinafikan, rakyat Malaysia memang gemar mengubahsuai kenderaan masing-masing tak kira kereta mahupun motosikal. Mengenal pasti minat pengguna di Malaysia terhadap budaya kustom, Mitsubishi Motors Malaysia bersama-sama Speedline Industries telah berkerjasama dalam menghasilkan  projek ‘one-off’ Mitsubishi Xpander Motorsport.  Siapa kata kereta keluarga tak boleh nampak garang dan agresif? Mitsubishi Xpander dengan tema ‘motorsport’ ini telah…

Yamaha SR400 Edisi Terhad Lancar Di Thailand – Hanya 400 Unit, RM38k

Baru-baru ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Hong Leong Yamaha Motor akan menghasilkan semula motosikal ikonik, Yamaha RXZ untuk pasaran tempatan. Meskipun dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana pembinaan enjin 2-stroke telah pun dihentikan di samping tidak mencapai standard emisi semasa negara (Euro 4) namun masih ada lagi yang berkongsi berita tidak sahih itu….