Honda EX-5 Dream Pula Cecah Harga Kayangan, Kondisi NOS Dijual RM12,000

Advertisements

Baru-baru ini tular satu perkongsian di laman sosial yang memaparkan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 Dream NOS (new old stock) yang dijual pada harga RM12,000 di Muar, Johor. 

Perkembangan terbaru itu pastinya menggemparkan dengan motosikal yang sememangnya terkenal dengan harga mampu milik itu kini sudah mencapai status ‘kayangan’.

Lebih menarik, Honda EX-5 Dream itu merupakan model lama dan dengan ‘odometer’ masih lagi tidak bergerak.

Difahamkan, harga bagi model EX-5 Dream dan EX-5 High Power antara yang semakin meningkat naik.

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda EX-5 High Power 100 pada 1987 sebelum digantikan dengan EX-5 Dream 100 pada 2003. 

Pengeluaran Honda EX-5 Dream kemudiannya dihentikan pada Disember 2013 bagi memberi laluan pada Honda EX-5 Dream 110 yang lebih mesra alam sekitar ekoran mencapai standard emisi Euro 2 ketika itu. 

Bagaimanapun, ramai berpendapat bahawa model EX-5 Dream lebih lasak dan tampak klasik yang mungkin jadi pencetus kenaikan harga mendadak bagi model yang dalam keadaan NOS. 

Advertisements