Mitsubishi Xpander Motorsport Karya ‘One-Off’ Mitsubishi Motors Malaysia X Speedline Industries

Advertisements

Tak dinafikan, rakyat Malaysia memang gemar mengubahsuai kenderaan masing-masing tak kira kereta mahupun motosikal.

Mengenal pasti minat pengguna di Malaysia terhadap budaya kustom, Mitsubishi Motors Malaysia bersama-sama Speedline Industries telah berkerjasama dalam menghasilkan  projek ‘one-off’ Mitsubishi Xpander Motorsport. 

Siapa kata kereta keluarga tak boleh nampak garang dan agresif?

Mitsubishi Xpander dengan tema ‘motorsport’ ini telah diinspirasikan daripada kereta rali Xpander AP4 yang dibangunkan Mitsubishi Motors Indonesia bersama-sama Team Ralliart New Zealand mengikut spesifikasi AP4. 

Xpander AP4 tersebut menghasilkan 350hp dan 556Nm di samping menawarkan sistem ‘all-wheel drive’ dan kotak gear ‘sequential’ dengan 6-kelajuan.

Projek ‘one-off’ ini telah dibangunkan Speedline Industries dengan idea utama adalah mereka tarikan visual sama seperti AP4. Hasilnya, sebuah Xpander dengan perubahan kosmetik yang mendadak. 

Pertamanya, bahagian bampar depan dipasang dengan dua corong udara. Terdapat juga dua corong udara di bahagian bonet depan yang berfungsi untuk mengeluarkan suhu panas dari ruang enjin.

Tak cukup dengan itu, visual bahagian sisi pula dipertingkat dengan skirting yang lebih lebar serta ‘fender flare’ yang lebih menonjol yang dipadankan bersama rim 18-inci. 

Sementara itu, spoiler yang besar dan serba hitam menjadi fokus utama bahagian belakang yang turut ditambah dengan ‘diffuser’ yang menonjol. 

Akhir sekali, Mitsubishi Xpander Motorsport ini dlengkapkan dengan ‘air-scoop’ rali dan pilihan warna dan grafik yang diinspirasikan dari Mitsubishi Motorsport. 

Ketika ini, mesti anda tertanya-tanya apa sebenarnya motif utama projek ‘one-off’ ini?

Apa yang kami boleh rungkaikan, projek ini jadi bukti Mitsubishi Xpander boleh diubahsuai sehingga tahap radikal dan tampil lebih agresif. 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.