Country Heights dan rakan kongsi dari China, Goldenport Enterprises, baru sahaja mengumumkan kerjasama terkini mereka dalam menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi pusingan pertama Asia GT Festival di Sepang Circuit (SIC). Malaysia akan menjadi negara pertama yang akan mengaturkan perlumbaan Asia GT (China GT Championship) di luar negara China dimana lebih dari 30 kereta lumba…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Honda Malaysia telah menghadiahkan tujuh buah Honda City baharu kepada para pemenang peraduan kempen ‘Joy of Buying’ yang telah dijalankan dari 1 September hingga 31 Oktober 2018. Peraduan ini telah dijalankan sempena ulang tahun Honda yang ke-70 dimana Honda Malaysia memberi fokus kepada aspek membeli, menjual dan mereka dari konsep ‘3 Joys of Honda’.
Mohd Hafiz Nor Azman telah meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu perlumbaan akhir Cub Prix pada hujung minggu yang lalu. Pihak penganjur berjanji akan melakukan penyiasatan yang menyeluruh. Tragedi ini adalah yang kedua dalam tempoh 18 bulan.
Anda rasa anda faham akan selok belok motosikal dan kelengkapan menunggang anda? Tetapi, sedalam manakah sebenarnya pengetahuan anda? Sheng Fatt Motor Sdn Bhd Pulau Pinang akan menganjurkan satu sesi ‘shop talk’ istimewa buat semua penunggang motosikal. Bual bicara ini turut meliputi satu sesi perkongsian ilmu dan sesi bual bicara yang dihoskan oleh Pengurus Selepas Jualan…
Industri automotif telah didominasi oleh lelaki buat sekian lama tetapi semakin banyak wanita yang turut terlibat. Kami telah berpeluang mengenali beberapa orang pelajar wanita di Kolej Automotif TOC. Mereka merintis jalan bagi menghancurkan stereotaip.
Mpire Asia Sdn Bhd (Foton Malaysia) telah melancarkan Pusat Foton 3S yang pertama di dalam negara. Pengumuman rasmi pusat 3S berteknologi canggih ini telah diadakan di Glenmarie, Shah Alam dan dilancarkan oleh Duta Khas Malaysia ke China, YB Tuan Tan Kok Wai. Mereka juga telah lancar dua van komersial baharu iaitu model View C2 dan…
Sebuah program penggantian kelengkapan telah dimulakan bagi model Yamaha YZF-R25. Kelengkapan berkenaan adalah paip hos radiator dan batang penukar gear pegas kilasan. Hong Leong Yamaha Motor akan menghubungi pemilik unit yang terjejas bermula permulaan Januari 2019.
Naza Euro Motors Sdn. Bhd., dengan kerjasama DS Automobiles, telah melancarkan DS Store Petaling Jaya, cawangan pertama DS Automobiles di Malaysia dan Asia Tenggara. DS Store Petaling Jaya ini akan dilengkapi dengan ruangan pameran yang mewah dan dilengkapi teknologi realiti maya (VR) terkini. Hadir bagi merasmikan pelancaran ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif DS Automobiles, Encik…
Aprilia adalah jentera istimewa yang memerlukan penjagaan yang istimewa. Pusat perkhidmatan Aprilia di Pulau Pinang sedang menawarkan diskaun istimewa buat para pemilik. Kempen ini akan diadakan dari 24 Disember hingga 28 Disember 2018.